GAJI MINIMUM BAHARU TAHUN 2022 : PEKERJA KERAJAAN DAN SWASTA
GAJI MINIMUM
- Gaji minima adalah gaji paling rendah yang boleh dibayar kepada pekerja sepenuh masa mengikut undang-undang. Gaji minima ditetapkan melalui beberapa akta termasuk Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Perintah Gaji Minimum 2012 dan Akta Kerja 1955.
- Kadar gaji minima dikaji dan dibincang oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang dianggotai oleh wakil kerajaan, majikan, pekerja dan anggota lain. Selepas rundingan antara anggota, Majlis ini mengesyorkan kadar gaji minima kepada Kementerian Sumber Manusia. Jika dipersetujui, kadar tersebut diwartakan untuk perlaksanaan.
- Kadar ini dikaji setiap dua tahun untuk memastikan ianya sesuai dengan keadaan semasa. Antara panduan penetapan kadar ialah pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah (median pay), Indeks Harga Pengguna dan kadar inflasi. Lobi dari Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) juga memainkan peranan penting.
BACA JUGA: CARA ISI EGRADUAN DAN PENDAFTARAN SERTA SEMAKAN PENEMPATAN GURU DG41
INTIPATI GAJI MINIMUM
Walaubagaimanapun ia masih tidak dipersetujui ramai termasuk MTUC kerana mereka tetap memperjuangkan yang pekerja di malaysia ada hak untuk menerima gaji minima RM1500 sebulan.
- Kerajaan merasakan gaji minima RM1100 dan Rm1,200 adalah sesuai dalam iklim ekonomi sekarang ini dan kerajaaan memilih untuk menaikkan paras tidak terlalu drastik bagi mengelakkan majikan terkesan sehingga menyebab ramai kena busng kerja akibat peningkatan kos secara mendadak.
- Pelaksanaan dasar baru gaji minimum pekerja swasta ini terpakai di semua negeri di Malaysia iaitu di Pahang, Sarawak, Perak, Johor, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan.
- Melihatkan beban hutang kerajaan malaysia, kerajaan tidak bercadang memberikan subsidi kepada majikan di malaysia untuk dasar baru ini.
- Dasar dan perintah gaji minimum swasta baru ini perlu dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 dan terus dilaksanakan untuk tahun 2021.
GAJI MINIMUM BAHARU TAHUN 2022
Perintah Gaji Minimum baharu dijangka diumumkan pada tahun 2022 selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata kajian mengenai gaji minimum itu sedang dilaksanakan dan dijangka selesai suku keempat tahun 2021 ini.
katanya, kajian semula gaji minimum ini selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.
“Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena buat melalui Parlimen (kajian dua tahun sekali) ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar katakan tadi,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai semakan gaji minimum di Dewan Rakyat, hari ini.
DENDA GAJI MINIMUM
Jika anda mendapati majiukan anda tidak memberikan kadar gaji minimum swasta yang sepatutnya seperti yang sudah termaktub di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan juga untuk negeri Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), majikan anda boleh kena dakwa di mahkamah.
Jadi jangan main-main dengan pindaan akta Kerja 1955 yang ada sekarang ini.
KEBAIKAN PENETAPAN GAJI MINIMA
Dengan pelaksanaan baru ini dapat memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya pekerja swasta di Malaysia.
Ini termasuklah menaikkan perbelanjaan boleh guna mereka bagi membolehkan mereka berbelanja lebih lagi, memberikan lebih banyak faedah kepada kalangan pekerja swasta yang mana selama ini kebanyakan syarikat besar dan gergasi di Malaysia mengaut terlalu banyak keuntungan sehingga kadar gaji yang diberikan masih lagi di tahap yang rendah.
Selain daripada itu, dengan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini, kenaikan gaji minimum swasta di malaysia sudah tidak boleh ditangguhkan lagi.
SUMBER: http://www.mtuc.org.my