CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

Bagaimanakah cara untuk tukar akaun MySejahtera anda ke telefon lain? Situasi ini adalah perkara biasa disebabkan hal tertentu seperti telefon rosak, membeli telefon baru, sim kad rosak dan lain-lain.

Kepada pengguna utama aplikasi MySejahtera, apakah cara  yang dapat menyelesaikan masalah tukar tukar MySejahtera ke telefon lain ini?

Artikel ini akan bantu anda!

Baca juga:- CARA TEBUS VOUCHER RM100 SHOPEE PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.0 

APA ITU APLIKASI MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19.
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19.
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

CARA DAFTAR MySEJAHTERA

Berikut adalah Cara Daftar MySejahterata:

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu

Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”

Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk

Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

Berikut adalah langkah untuk login akaun MySejahtera ke telefon lain:

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery di telefon lain.

Langkah 2: Buka aplikasi MySejatera yang baru di ‘install’.

CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

Langkah 3 : Tekan Terima/’Accept’ pada ruangan Kebenaran / ‘Permisssions’.

CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

Langkat 4 : Masukkan nombor telefon anda yang sudah didaftar pada akaun sebelumnya. Isi password yang sudah anda tetapkan di akaun sebelumnya juga.

Langkah 5 : Anda telah berjaya login ke akaun MySejahtera anda !

CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Leave a Comment