CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP

Bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit iaitu meningkat berbanding 100 ringgit sebelum ini. Sejumlah RM450 juta ringgit diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Bagaimanakah cara permohonan BAP? Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut cara memohon Bantuan Awal Persekolahan untuk anak-anak anda.

Baca juga : BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) : CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL B40 RM200

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP

SYARAT KELAYAKAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP 2022
Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

KADAR BANTUAN
Jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak RM150, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 tahun sebelumnya.

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.

KAEDAH BAYARAN

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke
    Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
    Maklumat Lanjut.

INFO LANJUT !

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).(<–Klik di sini)

ATAU

Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.

Leave a Comment