CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL B40 RM200 : KISS Selangor
Para ibu tunggal kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal B40 RM200 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas seharian mereka. Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Baca juga : VAKSIN ANAK KU : CARA DAFTAR PEMBERIAN VAKSIN COVID 19 KANAK-KANAK & REMAJA
APA ITU PROGRAM KISS SELANGOR?
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai menggunakan kad KISS Selangor (cashless).
SYARAT KELAYAKAN
- Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Ibu tunggal yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan.
KEBAIKAN KAD KISS SELANGOR
Jika anda layak dan berjaya diterima dalam Program KISS Selangor, anda akan mendapat Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.
Kad KISS yang berfungsi seperti kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan di pasaraya berdaftar.
Senarai barangan asas yang boleh dibeli melalui kad ini ialah:
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging, ayam, ikan.
- Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi.
- Lampin pakai buang (bayi dan dewasa).
- Produk tenusu.
- Barangan persekolahan.
Cara menggunakan kad boleh dirujuk dalam gambar di bawah.
CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL B40 RM200 : KISS Selangor 2021/2022
Cara mendaftar Program KISS Selangor 2021/2022 boleh dilakukan melalui cara ini:
i. Manual
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
Sila Muat Turun: Borang Pendaftaran Program KISS Selangor
ii. Online
Pendaftaran dan semakan kelayakan boleh dilakukan di https://www.kiss.com.my/.
INFO LANJUT !
Untuk maklumat lanjut tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor ini, anda boleh hubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900 atau e-mel admin@selcare.my.