CARA BUAT TEMUJANJI PERKESO : MyTemujanji PERKESO
Seiring dengan norma baharu di negara kita semenjak pandemik Covid-19, kebanyakkan urusan rasmi kini dijalankan melalui tempahan temujanji secara atas talian bagi mengurangkan kesesakan di premis. Sehubungan dengan itu, PERKESO telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem temujanji di dalam talian iaitu MyTemujanji PERKESO.
Tempahan temujanji ini boleh di lakukan secara talian dan perlu dilakukan oleh setiap individu yang ingin berurusan di kaunter PERKESO. Selain itu, daripada tempahan temujanji atas talian, sistem ini juga banyak mempunyai faedah yang lain.
Baca juga :- PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500 MELALUI ONLINE 2021
CARA BUAT TEMUJANJI PERKESO
PERINGATAN!. Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima 15 minit sebelum waktu temujanji yang dibuat. Pihak PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya pemohon hadir lewat dari waktu temujanji dibuat. Permohonan baharu perlu dibuat semula. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan temujanji online:
- Layari pautan temujanji online : MyTemunjanji PERKESO (<— Klik di sini)
- Klik pada TEMPAHAN TEMUJANJI.
- Baca Terma dan Syarat yang dinyatakan. Klik pada ruangan dibawah sebagai tanda setuju dan klik butang ‘Seterusnya’.
- Isikan MAKLUMAT pada eBorang yang terpapar seperti:
- Isikan Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
- Kerakyatan
- Nombor Kad Pengenalan (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
- Nombor Telefon anda(pastikan nombor tersebut aktif)
- Negeri (Negeri di mana anda berada)
- Pejabat PERKESO (Berhampiran tempat tinggal anda)
- TARIKH temujanji yang anda inginkan
- MASA temujanji yang anda inginkan
- Tekan HANTAR. Pemohonan anda telah selesai.
- Cetak SLIP temujanji untuk rujukan di kaunter.
CARA MEMBUAT SEMAKAN TEMUJANJI PERKESO
Kepada pemohon yang teleh membuat temujanji boleh membuat semakan dengan:
- Layari pautan temujanji online: MyTemunjanji PERKESO (<— Klik di sini)
- Klik pada SEMAKAN TEMU JANJI.
- Masukkan KERAKYATAN anda KAD PENGENALAN atau PASSPORT anda.
- Tekan SEMAK.
- Rekod temu janji anda akan di paparkan.
PERINGATAN SEBELUM HADIR KE PEJABAT PERKESO!
- Pastikan anda mencetak/memuatnaik/screenshot slip tempahan ini dan mohon dikemukakan semasa hadir ke Pejabat PERKESO yang dipilih.
- Muat turun aplikasi MySejahtera ke telefon bimbit anda untuk melancarkan urusan temu janji.
- Anda juga DIWAJIBKAN memakai pelitup muka ketika hadir dan berurusan di kaunter PERKESO.
- Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Jika pemohon GAGAL HADIR pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, temu janji ini terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan faedah PENCEN ILAT, pemohon boleh hadir secara walk-in ke pejabat PERKESO tanpa temu janji. Walau bagaimanapun pembukaan kaunter pejabat PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Pendemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.