TARIKH BAYARAN I CITRA KWSP DISEMBER 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TARIKH BAYARAN I CITRA KWSP DISEMBER 2021

Untuk pengetahuan anda, jika anda telah membuat semakan i Citra dan semakan status anda adalah LULUS, anda akan dapat pembayaran secara berperingkat setiap bulan melalui jadual pembayaran yang akan diumumkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk setiap bulan. Pihak KWSP akan mengumumkan tarikh tersebut melalui i Citra pengumuman. Pembayaran ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja yang bergantung kepada prosedur bank.

Kepada anda yang masih lagi belum tahu apa itu i Citra, di bawah ini kami kongsikan serba sedikit maklumat supaya anda faham dan jelas.

Baca juga : PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN : CARA DAFTAR SEMAK DAN TEBUS CELCOM/MAXIS/DIGI/UMOBILE DLL

i Citra

i Citra adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka akibat daripada pandemik Covid19 ini. Sebelum ini, Perdana Menteri telah memperkenalkan i Citra ini kepada mereka yang pernah mencarum dan ahli KWSP supaya dapat mengurangkan bebanan mereka yang telah terjejas. Permohonan adalah sukarela. Jika anda terjejas akibat daripada Perintah Pelaksanaan Pergerakan (PKP) anda boleh membuat permohonan secara online seperti di bawah ini. Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Daftar i Citra

Jika anda masih lagi belum membuat permohonan pendaftaran i Citra anda boleh ikuti panduan lengkap di bawah ini.

Panduan Lengkap Permohonan Pendaftaran I Citra.

  1. Layari laman web rasmi I Citra di pautan ini : https://icitra.kwsp.gov.my/.

  2. Tekan “PERMOHONAN”.

    Tarikh akhir permohonan baru adalah 30 September 2021. Pastikan anda membuat permohonan sebelum tamat tempoh pendaftaran.

  3. Isi Nombor Kad Pengenalan anda.

  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang aktif.

  5. Tekan “TERUSKAN”.

  6. Sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

  7. Tentukan Jumlah Pilihan Pengeluaran anda.

  8. Skrin anda akan memaparkan Jumlah Maksimum Pengeluaran anda.

  9. Tetapkan Jumlah Pengeluaran anda dengan menggerakkan petunjuk.

  10. Tekan “TERUSKAN”.

  11. Sila lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik.

  12. Tekan “TERUSKAN”.

  13. Semak Butiran yang anda isi tadi supaya semuanya lengkap dan benar.

  14. Tick untuk Pengesahan.

  15. Tekan “HANTAR”.

  16. Selesai.

  17. Jika anda sudah membuat pendaftaran anda boleh membuat semakan kelulusan anda di panduan di bawah.

Semakan Kelulusan i Citra KWSP

Jika anda sudah membuat permohonan, anda boleh semak atau check status kelulusan lulus atau tidak i citra KWSP anda melalui panduan di bawah ini.

  1. Sila masuk ke pautan semakan i citra kwsp : https://icitra.kwsp.gov.my/check-status.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian, masukkan Nombor Telefon anda semasa pendaftaran.
  4. Tekan “SEMAK STATUS”.
  5. Paparan akan menunjukkan status permohonan i citra anda sama ada lulus atau tidak.
  6. Selesai.
  7. Dan jika anda ingin tahu cara buat semakan tarikh bayaran i citra anda setiap bulan anda boleh rujuk panduan di bawah ini.

Tarikh Bayaran i Citra

Sedia maklum, mereka yang lulus permohonan akan dimasukkan bayaran ke akaun masing-masing secara berperingkat sehingga 5 bulan. Berikut adalah tarikh bayaran i citra untuk 5 bulan 2021.

Tarikh bayaran i Citra bulan OGOS

Tarikh bayaran pada bulan ogos adalah pada bermula 2 Ogos 2021.

Tarikh bayaran i Citra bulan SEPTEMBER

Tarikh bayaran pada bulan September adalah pada bermula 1 September 2021. (Untuk makluman anda, pembayaran adalah berperingkat dan kemasukan bayaran ke akaun anda mengambil masa 1 sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada bank.

OKTOBER

Tarikh bayaran pada bulan Oktober adalah pada bermula 1 Oktober 2021. (Untuk makluman anda, pembayaran adalah berperingkat dan kemasukan bayaran ke akaun anda mengambil masa 1 sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada bank.

NOVEMBER

1 November 2021

DISEMBER

1 Disember 2021. Pembayaran adalah secara berperingkat.

i Akaun KWSP Semak Penyata Secara Online

Jika anda ingin membuat semakan tarikh bayaran i citra melalui i akaun KWSP, anda boleh ikuti caranya di bawah ini.

  1. Sila ke pautan rasmi i Akaun KWSP di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member.
  2. Kemudian, login masuk menggunakan User ID dan Kata Laluan atau Password anda.
  3. Jika anda ingin menggunakan bahasa melayu sila tekan sebelah kanan atas anda pilih BM.
  4. Di paparan utama, anda tekan “PENGELUARAN”.
  5. Kemudian, tekan “SEJARAH PENGELUARAN”.
  6. Lihat di “Kirteria Carian”.
  7. Sila pilih Jenis Pengeluaran.
  8. Pastikan anda pilih “i-Citra”.
  9. Tekan Cari.
  10. Maklumat permohonan anda dipaparkan.
  11. Sila tekan i-Citra di bahagian Jenis Pengeluaran.
  12. Anda akan dipaparkan Jadual Bayaran Pengeluaran, Maklumat Bayaran Pengeluaran, Sejarah Bayaran Pengeluaran.
  13. Di sini anda boleh lihat bila tarikh permulaan pembayaran icitra anda dan tarikh akhir pengeluaran.
  14. Selesai.

Baca juga : SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT : CARA CHECK WTD DAN DAFTAR EGUMIS ISI BORANG ATAS TALIAN

Bilakah tarikh bayaran i Citra bagi bulan Disember?

Tarikh bayaran bermula pada 1 Disember 2021.

Macam mana cara nak semak penyata tarikh bayaran i-Citra melalui i Akaun KWSP?

Tuan/Puan boleh membuat semakan di i Akaun KWSP menerusi pautan ini https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member. Jika anda inginkan panduan lengkap caranya boleh masuk ke artikel ini.

Saya masih lagi belum membuat permohonan i-Citra, bila tarikh akhir untuk pendaftaran ya?

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, tarikh akhir permohonan adalah 30 September 2021. Anda boleh ke artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap cara daftar dan cara semak kelulusan anda.

1 thought on “TARIKH BAYARAN I CITRA KWSP DISEMBER 2021”

Leave a Comment