SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2023 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2023 : CHECK SEKARANG

Menurut bajet 2023, pelbagai inisiatif bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan MADANI untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Salah satunya ialah bantuan e-Kasih yang merupakan bantuan wang tambahan kepada penerima dari golongan miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan ekasih 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EKASIH

Bantuan e-Kasih adalah sumbangan tambahan yang diberi nama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan sebanyak RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH

Kelayakan Bantuan e-Kasih adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

AMAUN KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI

Setiap penerima yang dikenal pasti layak Bantuan e-Kasih akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut :

  • Isi Rumah berkahwin / ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.
  • Warga Emas tiada pasangan.
  • Bujang berpendapatan rendah.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH 2023

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui IC (Kad Pengenalan) mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke dalam IC penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bulan Disember 2023.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH

Sila semak senarai nama penerima Bantuan e-Kasih di Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan Bantuan e-Kasih :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

2 thoughts on “SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2023 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment