BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Sumbangan Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Bermula 2024, seramai 700,000 rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini.
Bagaimanakah check kelayakan bantuan keperluan asas barang dapur 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH : CHECK SEKARANG
KAEDAH BAYARAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR
Pembayaran Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur untuk penerima Semenanjung Malaysia ialah secara tanpa tunai (Cashless) iaitu melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan. Manakala, penerima di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah secara tunai / pengkreditan ke dalam akaun bank penerima untuk dibelanjakan di kedai-kedai terpilih.
*Rujuk kedai-kedai terpilih (seluruh Malaysia) yang berdaftar dengan bantuan ini di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=.
AMAUN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR
Bantuan ini akan diperluaskan kepada semua golongan (penerima Bantuan STR) termasuk isi rumah asas (bukan miskin), golongan bujang dan juga warga emas yang dikenal pasti dari date eKasih dan JKM layak menerima. Berikut merupakan senarai jumlah bantuan mengikut kategori kelayakan :
- STR Miskin Tegar : RM1,200.
- STR Miskin : RM1,200.
- STR Isi Rumah Asas : RM300.
- STR Bujang : RM150.
- STR Warga Emas tiada pasangan : RM150.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Pengkreditan Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur akan dibayar bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan Disember 2024. Tarikh bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
Berikut cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur di Portal Rasmi Mykasih seperti di bawah :
PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS |
---|
https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=. |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah, sila ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Saya ibu tunggal,tiada perkerjaan memohon bantuan kerperluan asas brg dapur dsn one off rm800 bagi menyara ank bersekolah dan mjaga ank sakit.saya cuma mdpt str.sila ambik perhatian dan tindakan segera.
Saya memohon:
1) STR- sudah lulus.
2)Bantuan asas dapur 2024
3)One off rm800
Macam mana cara nak apply bantuan asas dapurndan one off tu