SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK SEKARANG

Ramai di antara rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas dapur. Justeru, Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan tambahan khas untuk membeli keperluan asas setiap bulan yang disalurkan melalui MyKad penerima sebanyak RM100.

Bagaimanakah semak bantuan rm100 mykad 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN ONE OFF RM800 : SEMAK SEKARANG

CARA BAYARAN BANTUAN

Pembayaran Bantuan RM100 Mykad adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti di bawah :

  1. Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Akan dikreditkan tanpa tunai (cashless) secara automatik ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan.
  2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD

Penerima yang dikenalpasti daripada data Bantuan STR mengikut kategori seperti di bawah :

  1. Isi Rumah berkahwin / ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.
  2. Warga Emas tiada pasangan.
  3. Bujang berpendapatan rendah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2023

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui IC (Kad Pengenalan) mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke dalam IC penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bulan Disember 2023.

SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD

Berikut merupakan cara semakan Bantuan RM100 Mykad melalui Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan Bantuan RM100 Mykad (MyKasih) di atas, hubungi talian di bawah :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

5 thoughts on “SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK SEKARANG”

  1. Btl k ne bantuan BRIM k
    Sya tk ada bantuan BRIM bole k ksi ubah suai kn nma sya dlm BRIM tu nma bakas suami Sya sebab dia guna nma sya sebab kmi sudah berpisah uda sudah cerai uda sma dia tu la dia guna nma sya tu la sya tk bole buat BRIM bru utk sya bakas suami sya p guna nma sya bole k buka nnti sya kemaskini bantuan BR1M nnti.yg guna nma BRlM sya Michael hoviran dia yg guna bole k ubah suai kmi tk brsama uda dia 2 ada perempuan lain dlm status sya tk ada kwin cerai j

    Reply
  2. Sumbangan rahmah rm100 pun x dpt claim…ni kan pulak yg ni…hairan org lain gaji rm3k – rm4k boleh dpt…kita yg gaji rm1.8k x dpt…hampeh…

    Reply

Leave a Comment