CHECK STATUS BANTUAN ONE OFF RM800 2023 : SEMAK SEKARANG
Untuk makluman umum, Bantuan RM800 disalurkan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat musim tengkujuh khususnya Penoreh Getah dan Pekebun kecil. Bantuan ini adalah usaha daripada pihak RISDA untuk membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat musim tengkujuh.
Bagaimanakah check status bantuan one off RM800 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR RM600 : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH BAYARAN BANTUAN RM800 2023
Pihak RISDA telah menentukan kaedah pembayaran Bantuan RM800 ini adalah secara berfasa selama empat (4) bulan sebanyak RM200 sebulan dan bukanlah secara one-off.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan RM800 seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
November 2023 | RM200 |
Disember 2023 | RM200 |
Januari 2024 | RM200 |
Februari 2024 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM800 2023
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RISDA untuk penerima bantuan ini seperti di bawah :
- Pekebun Kecil :
- Pekebun mestilah warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah; dan
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik / penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Penoreh :
- Penoreh adalah warganegara Malaysia;
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA;
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar;
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat; dan
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh / penama sahaja yang layak menerima bantuan.
CHECK STATUS BANTUAN ONE OFF RM800 2023
Ikuti cara check / semakan status Bantuan RM800 seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Pekebun Kecil RISDA; atau klik [Di SINI].
- Tekan [Log Masuk].
- Isi Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Kata Laluan.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Pergi menu [Profil BMT].
- Paparan akan menunjukkan seperti di bawah :
- Maklumat Pemohon.
- Maklumat Tanah.
- Akaun Penerima.
- Dokumen Sokongan.
- Status.
- Sila lihat di bahagian [Status].
- Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
- Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
- Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit bantuan mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian hotline RISDA : 03 42510171
- Emel : webmaster@risda.gov.my
saya nama zaidi bin jari memohon bantuan my salam 2024
Mana ade dpat bntuan my salam
Saya ada seorang warga emas yang tidak bekerja nak memohon bantuan STR RM600 melalui MyKad saya.Terima kasih.
Saya adalah seorang warga emas yang tidak bekerja nak memohon bantuan ONE OFF RM800 melalui MyKad saya.Terima kasih.
tiada
Saya lasimi binti mat, pernah mengisi borang pekebun getah kecil di kg lasau podi daerah kota belud sabah, dulu tahun 2019 saya pernah dapat bantuan pekebun kecil hetah, start 2020, saya hairan, saya tida pernah lagi diberikan bantuan pekebun getah kecil, sehinga sekarang.
Walaupun saya masih memutung getah sampai sekarang ni.