SEMAKAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR RM600 2023 : CHECK STATUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR RM600 2023 : CHECK STATUS SEKARANG

Saban hari kos perbelanjaan barang dapur makin meningkat naik. Justeru, Kerajaan mewujudkan bantuan untuk menampung perbelanjaan keperluan asas barang dapur setiap bulan melalui bantuan MyKasih kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah semakan bantuan MyKasih Bantuan Barang Dapur RM600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BINGKAS RM300 UNTUK B40 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

BAGAIMANAKAH BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR DILAKSANAKAN

Kaedah pelaksanaan Bantuan MyKasih adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
Akan dikreditkan tanpa tunai
(cashless) secara automatik
ke dalam MyKad penerima
sebanyak RM100 setiap bulan
selama 6 bulan.
Penerima daripada negeri
Sabah, Sarawak dan
W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus melalui
kaedah pengkreditan ke akaun
bank / secara tunai, sama seperti
kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKASIH

Setiap penerima yang dikenal pasti layak menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KATEGORIJUMLAH
Isi Rumah berkahwin / ibu bapa tunggal
yang mempunyai anak
RM600
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600

BILAKAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR 2023

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui IC (Kad Pengenalan) mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke dalam IC penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bulan Disember 2023.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR RM600 2023

Berikut merupakan cara semakan status bantuan MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan e-kasih ini, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN MYKASIH BANTUAN BARANG DAPUR RM600 2023 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment