SENARAI BANTUAN TUNAI MADANI 2024 : MOHON SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SENARAI BANTUAN TUNAI MADANI 2024 : MOHON SEKARANG

Saban hari kos sara hidup semakin tinggi, Kerajaan komited untuk membantu rakyat yang terjejas dan berpendapatan rendah. Pelbagai bantuan diperkenalkan secara tunai mahapun secara e-Tunai. Bantuan tunai akan dipertingkatkan dan diperluaskan untuk semua golongan.

Apakah senarai dan bagaimanakah cara mohon bantuan tunai madani 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA : CHECK ONLINE SEKARANG

SENARAI KELAYAKAN

Berikut merupakan senarai syarat-syarat kelayakan bantuan tunai MADANI 2024 yang ditetapkan untuk permohonan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Bujang atau berkahwin;
  • Ada atau tiada tanggungan; dan
  • Pendapatan bulanan bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI MADANI 2024

Berikut merupakan senarai penerima mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah (Miskin / Miskin Tegar) : Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.
  • Kategori Isi Rumah Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) : Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000.
  • Kategori Warga Emas tiada pasangan : Pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan.
  • Kategori Bujang : Pendapatan individu bulanan RM2,500 ke bawah.

SENARAI JUMLAH BANTUAN TUNAI MADANI

Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan tunai MADANI bagi tahun 2024 mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :

  1. KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan RM2,500 ke bawah) :
    • STR RM1,000 (tiada anak / tanggungan) + SARA RM1,200 = RM2,200.
    • STR RM1,500 (1-2 anak) + SARA RM1,200 = RM2,700.
    • STR RM2,000 (3-4 anak) + SARA RM1,200 = RM3,200.
    • STR RM2,500 (5 anak ke atas) + SARA RM1,200 = RM3,700.
  2. KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
    • STR RM500 (tiada anak / tanggungan) + SARA RM300 = RM800.
    • STR RM750 (1-2 anak) + SARA RM300 = RM1,050.
    • STR RM1,000 (3-4 anak) + SARA RM300 = RM1,300.
    • STR RM1,250 (5 ke atas) + SARA Rm300 = RM1,550.
  3. KATEGORI WARGA EMAS (tiada pasangan) :
    • STR RM600 + SARA RM150 = RM750.
  4. KATEGORI BUJANG (Pendapatan RM2,500 ke bawah) :
    • STR RM350 + SARA RM150 = RM500.

CARA / TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI MADANI 2024

Berikut merupakan cara dan tarikh pembayaran bantuan tunai MADANI mengikut jenis bantuan seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berfasa dan pembayaran fasa 1 ialah bermula pada bulan Februari 2024, fasa 2 bulan April, fasa 3 bulan Ogos dan fasa 4 ialah pada bulan November 2024.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan bermula bulan Januari 2024 selama tempoh 12 bulan iaitu sehingga Disember 2024.

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI MADANI 2024

Berikut merupakan cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  12. Tekan [Hantar].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

*Manakala tidak perlu membuat permohonan untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana secara automatik akan layak menerima Bantuan SARA sekiranya anda lulus Bantuan STR.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Bantuan STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
    • E-mel : str@mof.gov.my
  • Bantuan SARA :
    • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
    • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment