SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA 2024 : CHECK ONLINE SEKARANG
Bantuan MySARA atau nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diperkenal untuk membantu rakyat dalam penghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi. Dengan adanya bantuan ini dapat membantu menampung kos perbelanjaan setiap bulan.
Kerajaan memperluaskan pemberian bantuan MySARA kepada 700,000 rakyat Malaysia yang berkelayakan. Bantuan ini akan dibayar bermula seawal bulan Januari 2024 ke dalam Kad pengenalan (MyKad) penerima.
Bagaimanakah semakan status bantuan mysara 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR MADANI : CHECK ONLINE SEKARANG
APAKAH BANTUAN MYSARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan wang tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar, miskin, bukan miskin, bujang dan warga emas berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYSARA
Kelayakan Bantuan MySARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
BERAPAKAH AMAUN YANG DIKREDITKAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA
Amaun yang akan dikreditkan kepada penerima adalah mengikut kategori penerima STR menurut data daripada eKasih dan JKM yang ditetapkan seperti berikut :
- STR Miskin Tegar : RM1,200
- STR Miskin : RM1,200
- STR Isi Rumah : RM300
- STR Bujang : RM150
- STR Warga emas : RM150
KAEDAH PELAKSAAN BANTUAN MYSARA
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN SEMAKAN BANTUAN MYSARA
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan bantuan MySARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
Macam mana nak register. Saya semak takada account
tak tersenarai??sedangkan nama ada dalam senarai ekasih!menyampah ja
Macam nk claim rm100
Semak Bantuan Madani 2024