BORANG BANTUAN LESEN PERCUMA 2024 : DOWNLOAD SEKARANG
Program Bantuan Lesen Percuma ialah bantuan khas untuk golongan B40. Bantuan ini adalah usaha daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk memperkasa golongan B40 dan membantu menaikan taraf hidup. Bantuan ini adalah terhad kepada 35,000 penerima sahaja.
Bagaimanakah permohonan borang bantuan lesen percuma 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN TUNAI MADANI 2024 : MOHON SEKARANG
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA
Bantuan Lesen Percuma akan mula dibuka untuk permohonan adalah seawal bulan Februari 2024 sehingga Oktober 2024 atau sehingga kuota penyertaan (35,000) penuh.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA
Untuk memohon Bantuan Lesen Percuma ini , pemohon hendak menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan (SILA BACA DENGAN TELITI) seperti di bawah berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan;
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat fizikal dan mental;
- Tidak / belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
- Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan;
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian;
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri;
- Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan;
- Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan;
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa;
- Pemohon / peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
BORANG BANTUAN LESEN PERCUMA 2024
Berikut merupakan cara mengisi borang permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 :
- Sila klik pada pautan borang permohonan [DI SINI] (borang adalah secara google form).
- Anda akan dipaparkan Borang Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024.
- Sila baca dengan teliti terma dan syarat penyertaan.
- Kemudian, isikan [Nama Penuh] dan [Nombor Kad Pengenalan].
- Klik pada [Add File] untuk muat naik salinan Kad Pengenalan anda (Pastikan dalam bentuk PDF).
- Tick pada bahagian pilihan [Jantina] dan isikan semua maklumat yang bertanda (*).
- Pilih Negeri dan tick (/) untuk pilihan Lokasi Institut latihan dan ujian memandu.
- Sila tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang kesalahan lalu lintas.
- Kemudian, tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang disenaraikan.
- Sila baca dengan teliti bahagian Pengakuan Pemohon dan tick (/) Setuju.
- Klik pada butang [NEXT].
- Anda akan dipaparkan pada bahagian seterusnya.
- Tekan butang [Hantar] permohonan.
- Tekan [Cetak] untuk mencetak borang permohonan anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan tentang bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- E-mel : mylesenb2@jpj.gov.my
- Talian : 03 – 8892 8714 / 8693.