BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : MUAT TURUN SEKARANG
Pelbagai bantuan akan dilaksanakan oleh kerajaan pada 2024, Salah satu inisiatif kerajaan kepada ibubapa atau penjaga adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk membantu meringankan beban dalam melengkapkan persiapan awal persekolahan.
Bagaimanakah permohonan borang bantuan awal persekolahan 2024? Ikuti penjelasan yang lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BORANG BANTUAN LESEN PERCUMA : DOWNLOAD SEKARANG
BILAKAH TARIKH BAYARAN
Dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan bermula seawal bulan Januari 2024 (Tarikh pemberian adalah tertakluk kepada sekolah masing-masing).
BAGAIMANAKAH CARA AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
- Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank ibubapa atau penjaga murid.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM788,130,000 untuk Bantuan Awal Persekolah dan memberi manfaat seramai 5,254,200 orang murid / pelajar. Bantuan ini akan disalurkan sebanyak RM150 kepada setiap seorang murid / pelajar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi tahun 2023 (Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) belum menyatakan syarat kelayakan bagi tahun 2024) :
- Murid Warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di:
- Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan (SK / SMK)
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024
- Ibubapa atau penjaga diminta untuk muat turun (download) borang di bawah.
- Isikan semua maklumat dengan tepat dan lengkap.
- Hantar kepada pihak sekolah.
*Bagaimanapun pihak sekolah akan menentukan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan yang ditetapkan; atau
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibubapa / penjaga tidak perlu membuat permohonan oleh kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibubapa.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pihak sekolah masing-masing; atau
- Talian hotline KPM : 010 – 431 2531
- Emel : pertanyaan.bgpss@moe.gov.my
- https://www.moe.gov.my/hubungi-kami/talian-hotline
Memohon sekarng