SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bermula 2024, Kerajaan akan menyasarkan semula subsidi untuk meningkat pemberian bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Salah satu bantuan akan diberikan melalui MyKasih sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Bantuan ini akan memperkasa 700,000 rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bagaimanakah semakan bantuan mykasih rm100 sebulan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : MUAT TURUN SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024
Bantuan Mykasih atau nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan wang tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar, miskin, bukan miskin, bujang dan warga emas berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024
KATEGORI | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2 juta |
STR Miskin | 0.5 juta |
STR Isi Rumah Asas | 1.3 juta |
STR Bujang & Warga emas | 4.3 juta |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT KATEGORI
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Bujang & Warga emas | RM150 |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2024
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
Tak dpt lgi ni
belum dapat lagi ni
Susah
Tiada rekod
Nan ado 100 nya
Tiara rekod..
No rekod
Pernah dapat tahun lepas selama 4bulan,tapi sy di minta tukar alamat baru terus tiada rekod,padahal pegawai my kasih minta sy tukar alamat..sy penerima layak ekasih miskin tegar