SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM600 DALAM IC 2023 : CHECK SEKARANG
Kementerian Kewangan mula mengagihkan bantuan ini dengan menyasarkan lebih 210,000 penerima yang berkelayakan dengan status Miskin Tegar mulai Julai 2023. Dengan adanya bantuan ini dapat membantu rakyat untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah semakan status bantuan mysara rm600 dalam ic 2023? Ikuti penjalasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 300 B40 : CHECK SEKARANG
KATEGORI LAYAK MENERIMA BANTUAN MYSARA RM600 2023
Seramai lebih 210,000 penerima adalah mengikut kategori daripada bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak menerima Bantuan MySARA sebanyak RM600 seperti di bawah berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin; atau
- Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak.
- Warga Emas tiada pasangan.
- Bujang.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA RM600
Pembayaran adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti di bawah berikut :
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
- Akan dikreditkan tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
CARA PENGGUNAAN BANTUAN MYSARA RM600 DALAM IC 2023
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Berikut merupakan cara menggunakan bantuan MySARA dikedai-kedai terpilih :
- Pergi ke kedai yang berdaftar dengan MyKasih, Semak senarai kedai berhampiran anda DI SINI.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Penerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM600 DALAM IC 2023
Ikuti cara semakan status Bantuan MySARA RM600 di portal Rasmi seperti di bawah berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan Status di SINI : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
https://help.celcomdigi.com/en/support/solutions/folders/70000483811