CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Oleh kerana harga barang dapur semakin meningkat naik, Kerajaan berusaha untuk membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dengan mewujudkan bantuan barang dapur yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM1,200 selama 12 bulan.
Bantuan ini merupakan bantuan tunai tambahan selain daripada bantuan tunai rahmah (STR) yang diberikan secara berfasa.
Bagaimanakah check status bantuan barang dapur dalam mykad 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM600 DALAM IC : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 2024
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2024
Menurut data daripada eKasih dan JKM, penerima yang dikenalpasti daripada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak menerima bantuan ini mengikut jumlah yang ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Warga Emas | RM150 |
STR Bujang | RM150 |
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Dengan Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad, penerima boleh membeli barang dapur seperti senarai di bawah berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
Barang-barang dapur tersebut boleh dibeli di kedai-kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini. Semak kedai terpilih di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=.
CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 2024
- Sila layari Portal rasmi MyKasih.
- Klik pada [Semakan Status].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
Hoe you ay this bantuan? Where is the form to fill in. ??