PORTAL PENDAFTARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PORTAL PENDAFTARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG

Sebelum ini Bantuan MyKad hanya memanfaatkan 210,000 rakyat Malaysia sahaja. Namun bagi tahun 2024, bantuan ini telah diperluaskan kepada lebih 700,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat dari bantuan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan selama tempoh 12 bulan.

Bagaimanakah cara pendaftaran bantuan rm100 mykad 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM600 MYKAD : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD

Ia merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Bantuan ini adalah bantuan tunai tambahan daripada bantuan STR (menurut data daripada eKasih), namun bantuan ini dikreditkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas barang dapur di kedai-kedai terpilih.

KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD

Program Bantuan MyKad dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam pangkalan data e-Kasih. Kelayakan kadar ini terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR BAYARAN BANTUAN RM100 MENGIKUT KATEGORI

Bermula 2024, jumlah bantuan RM100 Mykad akan dikreditkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah berikut :

  • STR Miskin Tegar : RM1,200
  • STR Miskin : RM1,200
  • STR Isi Rumah : RM300
  • STR Bujang / Warga emas (tiada pasangan) : RM150

*Senarai di atas adalah mengikut data penerima STR oleh eKasih dan JKM.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran pertama bantuan ini adalah bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dibayar setiap bulan sehingga bulan Disember 2024. Bayaran adalah sebanyak RM100 ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas barang dapur di kedai-kedai yang berdaftar dengan MyKasih.

PORTAL PENDAFTARAN BANTUAN RM100 MYKAD

Untuk permohonan E-Kasih boleh merujuk di laman web rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx. Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau menerusi seperti di bawah :

  • Telefon
  • Surat
  • Emel Rasmi
  • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut :

  1. Klik pautan berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform.
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

SENARAI NOMBOR TELEFON UNTUK PERMOHONAN BANTUAN

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

3 thoughts on “PORTAL PENDAFTARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG”

  1. Knp ya sy tak dpt bantuan rm100 bulan…sedangkan sy bahu tangan patah tak mampu berkerja berat,,kerja pun tak menentu skrg ni ada org ingin potong rumput baru la dpt sumber pendapatan,, buat aduan utk permohonan pun susah berbagai2 alasan,,tendang sana tendang sini…menipu kerajaan mahdani ni,, sy ingat sy sorg jer tapi ada juga org lain mengadu terima nasib seperti sy..

    Reply

Leave a Comment