SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024 : CHECK ONLINE
Pelbagai inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan. Bantuan Bakul Makanan diperluaskan bagi tahun 2024 sebanyak RM1,200 yang akan memanfaatkan 700,000 penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan bakul makanan rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 SETIAP BULAN : DAFTAR ONLINE
APA ITU BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200
Bantuan Bakul Makanan merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan ke dalam MyKad sebanyak RM100 setiap bulan untuk menampung perbelanjaan barangan asas makanan di kedai atau pasaraya yang terpilih.
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN
Berikut merupakan senarai penerima Bantuan Bakul Makanan (SARA) yang juga merupakan penerima STR seperti di bawah :
- Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
- Isi Rumah Miskin : RM1,200.
- Isi Rumah Asas : RM300.
- Bujang : RM150.
TARIKH PENGKREDITAN
Bantuan Bakul Makanan RM1,200 akan mula dikreditkan seawal bulan Januari 2024 dan akan dikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan sehingga Disember 2024.
CARA PEMBELIAN BAKUL MAKANAN RM1200
Untuk pembelian dengan menggunakan Bantuan Bakul Makanan adalah seperti di bawah berikut :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di bawah yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Ikuti cara semakan Bantuan Bakul Makanan RM1,200 2024 seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [Di Sini]
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja untuk mudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan Bakul Makanan, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.