PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR ONLINE
Bantuan Bakul Makan ialah Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu bantuan wang tambahan untuk membeli barang keperluan setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan. Bantuan ini diperluaskan kepada 700,000 penerima yang layak mengikut kategori yang ditetapkan.
Bagaimanakah permohonan bantuan bakul makan rm100 sebulan 2024? Ikuti cara permohonan lengkap di sini.
BACA JUGA : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI : SEMAK SEKARANG
KATEGORI / JUMLAH BANTUAN BAKUL MAKAN
Pemberian Bantuan Bakul Makan ini akan disalurkan mengikut kategori penerima STR dan jumlah ditetapkan seperti di bawah berikut :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 | 0.2j |
STR Miskin | RM1,200 | 0.5j |
STR Isi Rumah | RM300 | 1.3j |
STR Bujang & Warga Emas | RM150 | 4.3j |
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKAN 2024
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
- Golongan sasar.
- Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.
KAEDAH / TARIKH KREDIT BANTUAN BAKUL MAKAN
KAEDAH BAYARAN | TARIKH KREDIT |
---|---|
Akan dikreditkan ke dalam Mykad penerima. | Bermula seawal Januari 2024 setiap bulan sehingga Disember 2024 |
PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 SETIAP BULAN 2024
Untuk mengetahui cara mengemukakan permohonan eKasih, anda boleh rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
- Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
- Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di bawah, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan Bakul Makan / MySARA.
Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
Emel : info@mykasih.com.
telah dikeluarkan dari senarai e kasih,sebab ada anak yg sudah bekerja,sedangkan itu adalah pendapatan persendirian,bkn bersama,xfaham dgn pemilihan ekasih,yg mengelirukan
Nak ambil