CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2023 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2023 : SEMAK SEKARANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan akan menunaikan janji untuk memberikan bantuan wang tambahan secara e-Tunai sebanyak RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Disamping dapat membantu rakyat, ia juga dapat meningkatkan pembelian tanpa tunai (cashless) di kedai fizikal.

Bagaimanakah cara check senarai nama penerima bantuan 100 madani 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : E TUNAI RM100 CHECK ONLINE : SEMAK SEKARANG

SENARAI APLIKASI TERPILIH

Untuk membuat tuntutan Bantuan RM100 MADANI, anda haruslah menggunakan salah satu aplikasi seperti di bawah :

  • TNG e-Wallet.
  • MAE (Maybank)
  • Setel Petronas.
  • ShopeePay.

TEMPOH TUNTUTAN / PERBELANJAAN BANTUAN 100 MADANI 2023

Berikut merupakan tarikh untuk tuntutan dan perbelanjaan Bantuan RM100 MADANI seperti di bawah :

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

*Tarikh semakan adalah lima (5) hari selepas membuat tuntutan.

PENGGUNAAN BANTUAN 100 MADANI 2023

Bantuan RM100 MADANI hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja di kedai terpilih dan tidak dapat digunakan untuk :

  • Pengeluaran tunai.
  • Pemindahan wang.
  • RFID & PayDirect di pintu tol.
  • Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
  • Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2023

  1. Pilih salah satu daripada empat (4) aplikasi yang biasa anda gunakan seperti senarai di atas.
  2. Sekiranya anda belum mempunyai salah satu aplikasi di atas, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
  3. Sila daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Sekiranya anda menggunakan [Touch ‘n Go e-Wallet], sila buka aplikasi tersebut.
  5. Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
  6. Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
  7. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
  9. Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
  10. Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  11. Klik butang [Teruskan].
  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat, Tahap pelajaran, Jenis pekerjaan, anggaran Gaji Kasar.
  13. Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
  14. ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
  15. Selesai.

*Sila buat semakan selepas 5 hari dari tarikh membuat tuntutan.

RUJUKAN PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2023

Pihak kami sekadar berkongsi maklumat untuk memudahkan urusan pemohon untuk melakukan proses penebusan bantuan ini. Sebarang soalah atau masalah berkaitan dengan perkara yang dinyatakan di atas, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib iaitu pihak penyedia e-Wallet seperti di bawah :

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Leave a Comment