CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR ONLINE

Bantuan RM100 Mykad merupakan inisiatif bantuan wang tambahan untuk membantu golongan yang memerlukan. Kerajaan komited untuk meneruskan pemberian bantuan ini bagi tahun 2024, malah bantuan ini diperluaskan kepada 700,000 penerima dan akan dinaikkan kadar sebanyak RM1,200.

Bagaimanakah cara mohon bantuan rm100 mykad 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 : CHECK ONLINE

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD

Ia merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan barang keperluan asas yang akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN RM100 MYKAD

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memohon Bantuan RM100 Mykad, seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
  • Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.

KATEGORI / KADAR BANTUAN

Bantuan RM100 Mykad akan disalurkan mengikut kategori daripada data eKasih dan JKM (mengikut pemberian STR) seperti di bawah :

  • Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
  • Isi Rumah Miskin : RM1,200.
  • Isi Rumah Asas : RM300.
  • Bujang dan Warga Emas : RM150.

TARIKH KREDIT BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan RM100 Mykad akan mula dikreditkan ke dalam Mykad penerima bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dikreditkan setiap bulan sehingga bulan Disember 2024.

CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD

  1. Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
  2. Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
  4. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  5. Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
  6. Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  7. Klik butang [Teruskan].
  8. Tandakan pada perakuan diri.
  9. Tekan butang [Hantar].
  10. Selesai.

*Untuk makluman, berdasarkan kaedah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data eKasih dan JKM.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib di bawah, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan RM100 Mykad.

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment