SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2023 : CHECK SEKARANG
Bantuan MyKasih merupakan bantuan wang tambahan untuk penerima Bantuan STR yang berada dalam data eKasih yang dikenalpasti sebagai miskin dan miskin tegar. Bantuan yang disalurkan melalui MyKasih adalah untuk membeli keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ONE OFF RM800 : CHECK SEKARANG
SENARAI KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2023
Kelayakan Bantuan MyKasih adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SENARAI KATEGORI DAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2023
Setiap penerima yang dikenal pasti layak menerima sumbangan berjumlah RM600 adalah seperti berikut :
KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM600 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
CARA BAYARAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2023
PENERIMA | CARA BAYARAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2023
Berikut merupakan cara semakan status nama penerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2023 seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih.
- Klik pada [Semakan Status].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan daripada anda, kerana kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Sy dah cuba mohon tp masih xboleh jgk.. Mcmna cara nk buat permohonan ni ye..
Assalamualaikum hai .sy nk minta bantuan org semua. Sy org ssh