SEMAKAN BANTUAN ONE OFF RM800 2023 : CHECK SEKARANG
Bantuan sebanyak RM800 yang diberikan oleh RISDA kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan terutamanya rakyat yang terjejas pendapatan untuk menghadapi musim tengkujuh kini. Bantuan ini diberikan secara ansur selam 4 bulan sebanyak RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan bantuan one off rm800 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 : SEMAK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM800 2023
Pihak RISDA telah menentukan kaedah pembayaran Bantuan RM800 ini adalah secara berfasa selama empat (4) bulan sebanyak RM200 sebulan dan bukanlah secara one-off. Berikut merupakan tarikh bayaran :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
NOVEMBER 2023 | RM200 |
DISEMBER 2023 | RM200 |
JANUARI 2023 | RM200 |
FEBRUARI 2023 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM800
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RISDA untuk penerima bantuan ini seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Pekebun kecil atau Penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar; atau
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat;
- Pemilik tanah yang sah; dan
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik / penama sahaja yang layak menerima bantuan.
SEMAKAN BANTUAN ONE OFF RM800 2023
Ikuti cara semakan Bantuan RM800 di Portal Rasmi Semakan RISDA seperti di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi Pekebun Kecil RISDA.
- Tekan [Log Masuk].
- Isi Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Kata Laluan.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Pergi menu [Profil BMT].
- Sila lihat di bahagian [Status].
- Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
- Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
- Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit bantuan mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN ONE OFF RM800 2023
Sekiranya anda belum mengemukakan permohonan, sila rujuk cara permohonan seperti di bawah berikut :
- Layari Portal Rasmi Pekebun Kecil RISDA.
- Anda perlu mendaftar terlebih dahulu, tekan [Daftar Pengguna].
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan tekan [Carian].
- Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Baca dengan teliti sebelum tanda pada kotak perakuan [/].
- Klik butang [Hantar].
- Selepas selesai membuat pendaftaran, sila [Log Masuk] kembali untuk membuat permohonan.
- Seterusnya, klik [Mohon Bantuan BMT].
- Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, sila tekan [Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik pada butang [Seterusnya].
- Tandakan bahagian Pengesahan permohonan Bantuan BMT [/].
- Klik [Hantar] dan akan dipaparkan ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian hotline RISDA : 03 42510171
- Emel : webmaster@risda.gov.my
Jj