SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima bantuan MyKad, Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian bantuan ini sebanyak RM1,200 yang akan disalurkan ke dalam MyKad seramai 700,000 penerima. Bantuan ini adalah sumbangan tunai tambahan selain daripada STR.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Bantuan yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar mengikut data eKasih yang akan disalurkan ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan makanan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan pada tahun 2023 dan belum ditetapkan untuk penerima bagi tahun 2024.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus lulus Bantuan STR.
  • Tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
  • Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.

JUMLAH BANTUAN MYKAD MENGIKUT KATEGORI PENERIMA 2024

Sumbangan yang akan dikreditkan kepada penerima adalah mengikut kategori penerima STR menurut data daripada eKasih dan JKM yang ditetapkan seperti berikut :

  • STR Miskin Tegar : RM1,200.
  • STR Miskin : RM1,200.
  • STR Isi Rumah : RM300.
  • STR Bujang : RM150.
  • STR Warga emas : RM150.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2024

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Ikuti cara semakan Bantuan MyKad seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih.
  2. Klik pada [Semakan Status].
  3. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  4. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  6. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  7. Selesai.

*Bagaimanapun, bagi tahun 2024 masih belum dibuka untuk semakan. Di atas adalah semakan bagi tahun 2023.

RUJUKAN

Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan daripada anda, kerana kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566

Leave a Comment