SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM 2022
Panduan buat pemohon yang membuat permohonan rayuan UPU 2022 ke UA/ IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2022/2023. Pasti anda ingin tahu bilakah tarikh semakan keputusan rayuan UPU bagi sesi 2022/2023.
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Baca juga: CARA MEMBUAT RAYUAN UPU (LEPASAN STPM 2022/2023)
PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE
Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.
Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Permohonan rayuan akan dibuka melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/ pada 25 September hingga 4 Oktober 2022 yang lalu.
TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN UPU 2022
Untuk makluman anda, tarikh semakan keputusan Rayuan UPU 2022 boleh di semak bermula pada minggu ke-4 Oktober 2022.
Sila alert dengan tarikh tersebut kerana calon perlu memberi respon dalam tempoh setuju terima tawaran yang ditetapkan kelak.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM 2022
Seperti yang kita sedia maklum, pelajar disarankan melayari Portal Rasmi UPU dan Laman Facebook UPU BPKP JPT untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pengumuman tarikh rasmi keputusan kemasukan ke UA/ IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik Premier/ Konvensional, Metro, ILKA dan Kolej Komuniti.
Semakan Keputusan Rayuan UPU bagi lepasan STPM 2022 boleh di buat melalui online dan SMS.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPU POCKET
Selain anda membuat check keputusan rayuan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
boleh mendapat informasi terkini tentang UPU. - terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.
RUJUKAN
Sila rujuk saluran berikut untuk maklumat lebih lanjut:
- FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774
- FAKS : 03 8870 6864
- ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.