SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2023 RM600 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2023 RM600 : CHECK SEKARANG

Selain daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan juga menambah bantuan tunai sebanyak RM600 iaitu melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini adalah khas untuk menampung perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan bantuan tambahan str 2023 rm600? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 : SEMAK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 2023

Kategori penerima adalah mengikut kelayakan Bantuan STR seperti di bawah berikut :

KATEGORIJUMLAH
BANTUAN
STR Isi Rumah (Miskin tegar):
-Berkahwin; atau
-Ibu / bapa tunggal yang mempunyai anak
RM600
Warga emas tiada pasanganRM600
Bujang berpendapatan rendahRM600

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN TAMBAHAN

Adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

ALAMAT PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
Akan dikreditkan tanpa tunai
(cashless) secara automatik
melalui akaun yang dibuka
menggunakan MyKad penerima.
Penerima daripada
negeri Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus
melalui kaedah pengkreditan
ke akaun bank / secara tunai,
sama seperti kaedah pembayaran
fasa 3 STR 2023.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2023

Tidak seperti STR yang dibayar secara berfasa dan berperingkat, Bantuan Tambahan ini dibayar setiap bulan seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
17.07.2023
01.08.2023
01.09.2023
01.10.2023
01.11.2023
01.12.2023

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2023

Berikut merupakan cara semakan Bantuan Tambahan STR di portal rasmi semakan seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan Status di SINI : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang persoalan anda kerana pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
  • Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2023 RM600 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment