SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2024 : CHECK SEKARANG
Bantuan Tunai RM3,700 ialah gabungan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan STR akan disalurkan bermula bulan Februari, manakala Bantuan SARA akan disalurkan seawal bulan Januari 2024.
Bagaimanakah cara semakan status penerima bantuan tunai rm3700 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN : DAFTAR ONLINE
SENARAI BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Berikut merupakan senarai bantuan Tunai RM3700, seperti di bawah :
JENIS BANTUAN | JUMLAH |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | RM2,500 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | RM1,200 |
Jumlah keseluruhan = | RM3,700 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan tersebut seperti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima secara berfasa dan berperingkat.
- Jumlah mengikut kategori yang ditetapkan.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Dikreditkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 setiap bulan.
- Kegunaan untuk membeli barangan keperluan asas.
JUMLAH BANTUAN TUNAI 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan mengikut jenis bantuan dan kategori seperti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan <RM2,500 | -RM1,000 (0 anak) -RM1,500 (1-2 anak) -RM2,000 (3-4 anak) -RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM500 (0 anak) -RM750 (1-2 anak) -RM1,000 (3-4 anak) -RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang Pendapatan <RM2,500 | RM350 |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang / Warga emas | RM150 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Ikuti cara semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
- Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, klik pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa 1.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS SARA 2024
Ikuti cara semakan status bantuan SARA 2024 di bawah :
- Sila layari laman portal rasmi MyKasih Semakan Status.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Jika terdapat pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR dan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.