SEMAKAN BANTUAN MAIK 2023 : CARA CHECK STATUS

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN MAIK 2023 : CARA CHECK STATUS

Bagi rakyat negeri Kelantan khususnya bagi kalangan anak muda yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA (universiti awam) untuk program Diploma, Ijazah, Asasi, dan juga Matriks.

Ia juga boleh dikatakan sebagai biasiswa saguhati kepada pelajar bagi tujuan bantuan IPT bagi kalangan pelajar dari negeri Kelantan.

Baca juga : MAIK IPT : CHECK KELULUSAN/PERMOHONAN/BANTUAN

SEMAKAN BANTUAN MAIK

CARA SEMAKAN BANTUAN MAIK 2023.

  1. Layari ke laman sesawang : https://eagihan.e-maik.my/Semakan

  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal eAgihan Majlis Agama Islam Kelantan.

  3. Pilih [Jenis Bantuan].

  4. Masukkan [Nombor Rujukan] permohonan.

  5. Tekan butang [Semak].

  6. Maklumat permohonan akan dipaparkan.

  7. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN MAIK 2023

Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan Bantuan IPT MAIK beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi MAIK menerusi pautan di https://eagihan.e-maik.my/Default
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan bersama salinan dokumen penting seperti berikut:
    • Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
    • Surat Tawaran IPT.
    • Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
    • Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
    • Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
    • Surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
    • Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
    • Slip pencen sekiranya bersara.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIK IPT

Antara Syarat Kelayakan Bantuan IPT MAIK adalah seperti berikut:

SYARAT AM :

i. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
ii. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
iii. Beragama Islam

SYARAT KHAS :

i. Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu (1) sahaja.
ii. Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
iii. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
iv. Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:

a) Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
b) Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
c) Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
d) Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
e) Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
f) Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan

v. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
vi. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
vii. Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.

KADAR BANTUAN MAIK IPT

  • Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
  • Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

Leave a Comment