PERMOHONAN PJJ UPM 2023/2024 : CARA APPLY PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN PJJ UPM 2023/2024 : CARA APPLY PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan satu corak pendidikan yang semakin penting dan popular ketika ini. Kepada anda yang berminat untuk menyambung pembelajaran menerusi kaedah PJJ, semestinya ingin mengetahui cara membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

Baca juga : SEMAKAN BANTUAN MAIK : CARA CHECK STATUS

APA ITU PJJ?

Pendidikan jarak jauh (PJJ)ialah kaedah pendidikan yang tidak melibatkan kehadiran para pelajar di sekolah atau institut-institut pengajian. Secara tradisi, pendidikan jarak jauh melibatkan perkhidmatan pos sebagai perantara antara pihak sekolah dengan pelajar. Kini, pendidikan jarak jauh lazimnya melibatkan penggunaan Internet. Kaedah pendidikan jarak jauh boleh berlaku secara sepenuhnya atau secara gabungan antara pendidikan bilik darjah lazim dengan pendidikan jarak jauh, lazimnya dipanggil sebagai pembelajaran hibrid. Selain itu, istilah-istilah seperti “pendidikan atas talian” dan “bilik darjah maya” juga digunakan bagi hal ini.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PJJ

Berikut adalah merupakan antara kekurangan dan kelebihan PJJ iaitu :

KELEBIHAN :

  • Membantu Negara melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan dengan pelbagai bidang yang ditawarkan
  • Peluang pendidikan bagi setiap lapisan masyarakat
  • Jadual pembelajaran yang fleksibel
  • Menggalakkan pelajar berfikir dan berdisiplin

KEKURANGAN :

  • Menyukarkan komunikasi antara pelajar dengan guru
  • Merumitkan kerja kumpulan
  • Proses pembelajaran yang terasing
  • Amat bergantung kepada disiplin dan daya tahan pelajar

TAWARAN PJJ UPM

Kepada yang berminat untuk menyambung pembelajaran menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ,kini Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tawaran tersebut. Maklumat berkaitan adalah seperti di bawah:

TARIKH PERMOHONAN PJJ UPM 2023/2024

  • Permohonan dibuka sepanjang masa dan permohonan boleh dibuat mulai sekarang bagi kemasukan sesi September 2023.

KELEBIHAN PJJ UPM

  • UPM menawarkan pendidikan berkualiti dan diiktiraf.
  • Kuliah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
  • Fleksibel dan kebolehcapaian pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN PJJ UPM

Master

  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Pentadbiran Pendidikan
  • Komunikasi Korporat

Bachelor

  • Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Komunikasi dengan Kepujian
  • Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
  • Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
  • Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian

Diploma

  • Pembangunan Manusia

SYARAT KELAYAKAN PJJ UPM

  • Master:
    • Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.75
    • Untuk Mater Komunikasi Korporat: Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.5 dan pengalaman 1 tahun kerjaya.
  • Bacelor:
    • Lulus STPM/Diploma/Matrikulasi dengan minima PNGK 2.00 dan MUET minima band 2.
  • Diploma:
    • Lulus SPM dengan 5 kredit termasuk Bahasa Melayu.

PERMOHONAN PJJ UPM

CARA PERMOHONAN PJJ UPM 2023/2024.

  1. Sila layari pautan : https://upmholdings.com.my/pjjupm/

  2. Pilih peringkat pengajian anda.

  3. Pilih bidang yang anda inginkan.

  4. Klik [Mohon Sekarang].

  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

  6. Klik [Sign Up].

  7. Seterusnya sila [Log Masuk] kembali dengan masukan no kad pengenalan dan kata laluan anda.

  8. Lengkapkan maklumat permohonan.

  9. Tekan [Hantar Permohonan].

  10. Selesai.

Leave a Comment