RFID PERCUMA : CARA TUNTUT RFID JIKA ROSAK
Sejak pelaksanaan penggunaan RFID di plaza tol berkuatkuasa pada 15 Januari lalu, pelbagai maklum balas yang diluahkan oleh para pengguna mengenai masalah yang dihadapi mereka semasa menggunakan RFID.
Pembayaran tol menggunakan sistem RFID yang telah dilaksanakan di seluruh rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah menerima pelbagai maklumbalas, sama ada yang menyambut baik usaha ini dan ada juga yang memberi pandangan untuk penambahbaikan.
BACA JUGA : CARA DAFTAR RFID TOUCH N GO
APA ITU RFID TOUCH N GO ?
TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENGGUNA RFID
Antara masalah yang didakwa sering berlaku kepada para pemandu adalah pelekat tag RFID mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor semasa berada di laluan plaza tol. Hal ini telah menggangu perjalanan mereka dan menyebabkan berlakunya kesesalan lalu lintas.
RFID PERCUMA : CARA TUNTUT RFID JIKA ROSAK
CARA TUNTUT PELEKAT RFID SECARA PERCUMA JIKA ROSAK
- Apabila tag RFID anda tidak dapat dikesan oleh alat pengimbas di lorong RFID, pihak kakitangan tol akan menggunakan peranti ‘hand held’ untuk mengimbas tag RFID anda.
- Jika tag RFID anda masih tidak dapat dikesan, kupon diagnostik akan diberikan kepada anda.
- Anda perlu hadir ke pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat bagi melakukan pengesanan penuh.
- Sekiranya pelekat tag RFID anda masih gagal berfungsi dan tidak dapat dikesan selepas pengesanan dilakukan di pusat fitmen, pihak Touch ‘n GO akan menggantikan tag RFID anda secara percuma.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
PLUSLine : 1800-88-0000.
Chatbot PLUS / P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.
Aplikasi PLUS boleh didapatkan melalui aplikasi di bawah:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.PLUS&hl=en&gl=US
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/plus-app-official/id1439887531
- Huawei App Gallery :