eTESTING JPJ : CARA ATAU KAEDAH 2022
Untuk makluman anda semua, bermula pada April 2022, pihak JPJ akan mula melaksanakan sistem eTesting di seluruh negara.
Bagi pembaca yang ingin mengambil lesen dan ingin mengetahui cara pelaksanaan sistem eTesting ini, sila baca artikel ini dengan selanjutnya.
BACA JUGA : MYBAYAR SAMAN ONLINE LOGIN : CARA CHECK DAN BAYAR SAMAN POLIS TRAFIK DAN JPJ 2022
APA ITU eTESTING JPJ?
eTesting adalah sistem yang bakal dilaksanakan dan diterap oleh JPJ di dalam sistem pengambilan lesen memandu bermula pada bulan April 2022 sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan tersebut.
Menerusi penggunaan sistem ini, pegawai JPJ yang bertugas untuk memantau ujian lesen memandu tidak akan berada di dalam kenderaan bersama calon ujian memandu semasa ujian dilaksanakan. Sebaliknya, pegawai yang bertugas tersebut akan memantau calon menerusi bilik kawalan sepanjang ujian berjalan.
CARA PELAKSANAAN SISTEM eTESTING
- Sistem eTesting mengekalkan peringkat ujian seperti sistem sebelumya iaitu pembelajaran di dalam kelas, litar dan jalan raya.
- Melalui sistem eTesting, ujian pada bahagian 1,2, dan 3 akan dipantau sepenuhnya melalui sistem.
- Calon ujian memandu yang diuji akan berada secara bersendirian di dalam kenderaan. Manakala, pegawai yang bertugas sebagai penguji akan memantau dari bilik kawalan.
- Arahan yang diberi serta kesalahan yang dilakukan oleh calon semasa ujian akan diperhatikan dan ditegur menerusi bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu masing-masing.
KELEBIHAN SISTEM eTESTING
- Mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan.
- Meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu secara elektronik.
- Keputusan ujian dapat diperoleh dengan pantas dan boleh diakses dengan segera.
INFO TAMBAHAN
- Sistem eTesting sudah terdapat di 232 institusi memandu di seluruh negara.
- Pihak JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan modul yang digunakan institut memandu dalam eTesting menepati elemen-elemen yang sudah ditetapkan oleh pihak JPJ.
- Sistem eTesting ini sudah dipraktikkan oleh negara maju seperti Jepun dan Korea dan kini Malaysia akan mengorak langkah mengikuti mereka bagi menambahbaik dan memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan JPJ.
Sumber : BHarian