i-SARAAN EPF : PERMOHONAN CARUMAN KWSP BAGI BEKERJA SENDIRI 2022 (PERCUMA RM250)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

i-SARAAN EPF : PERMOHONAN CARUMAN KWSP BAGI BEKERJA SENDIRI 2022 (PERCUMA RM250)

Untuk makluman anda, jika anda tidak mempunyai pekerjaan tetap ataupun bekerja sendiri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan satu kemudahan simpanan wang EPF bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ataupun bekerja sendiri.

Insentif ini diperkenalkan di dalam Belanjawan 2022. Kemudahan simpanan wang yang dikenali i-Saraan EPF yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraa.

Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Bagaimana cara buat Permohonan i-Saraan KWSP? Apakah syarat dan kelebihan? Macam mana buat semakan i-Saraan EPF?

APA ITU i-SARAAN KWSP

Apa itu i-Saraan KWSP?

Caruman Bekerja Sendiri dan Golongan yang Tiada Pendapatan Tetap untuk mencarum secara sukarela tujuaan persaraan. Rujuk di artikel untuk cara Permohonan dan download borang Pendaftaran i-Saraan EPF.

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Ahli yang berumur di bawah 60 tahun akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun.

KELEBIHAN I-SARAAN EPF

Berikut adalah kelebihan dan faedah mencarum i-Saraan EPF :

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
  • Mendapat pelepasan cukai pendapatan.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

Baca juga : BKM FASA 1 : SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN 2022.

SYARAT i-SARAAN EPF

Apakah syarat i-Saraan KWSP?

Rujuk di artikel ini.

Di bawah ini adalah syarat kelayakan permohonan i-Saraan KWSP.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di bawah 60 tahun.
  • Orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
  • Orang yang tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah.
  • Ahli KWSP.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan.

[Peringatan Penting] : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Sila join Channel Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia untuk info awal berkaitan dengan Bantuan yang anda boleh mohon. Join di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia.

PERMOHONAN i-SARAAN EPF

PERMOHONAN i-SARAAN EPF ATAU PENDAFTARAN,REGISTER,APPLY,BORANG ONLINE CARUMAN KWSP BEKERJA SENDIRI. CARA BAYARAN DAN CHECK/SEMAKAN MELALUI i-AKAUN.

  1. Klik Link Rasmi Permohonan i-Saraan KWSP/EPF di sini : https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms.

  2. Anda akan dibawa ke Halaman Pendaftaran i-Saraan.

  3. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.

  4. Kemudian, sila pilih Profesion anda.

  5. Tick [Kotak Kecil] di Pengesahan.

  6. Klik [i’m not a robot].

  7. Klik [HANTAR].

  8. Anda akan menerima Notifikasi “Pendaftaran i-Saraan anda berjaya”.

    pendaftaran i-saraan kwsp

  9. Apabila anda sudah berjaya membuat Pendaftaran i-Saraan EPF. Anda boleh membuat bayaran caruman i-Saraan EPF ini melalui beberapa kaedah seperti penerangan di bawah nanti.

  10. Selesai.

Jika anda ingin membuat permohonan i-Saraan KWSP melalui Borang. Sila ikuti panduan di bawah dan download borang tersebut.

BORANG PENDAFTARAN i-SARAAN KWSP

Bagaimana buat Pendaftaran i-Saraan KWSP?

Anda boleh membuat pendaftaran menerusi online dan juga borang manual. Download Borang i-Saraan EPF di dalam artikel ini.

Dokumen yang diperlukan jika permohonan di buat menerusi borang :

  • MyKad.
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran).
  • Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan).

Berikut adalah cara pendaftaran caruman i-Saraan KWSP bekerja sendiri menerusi borang :

  1. Download atau Muat Turun Borang i-Saraan KWSP 16G(M) & KWSP 6A (2) di bawah ini :
  2. Isikan borang i-Saraan KWSP 16G(M).
  3. Isikan borang KWSP 6A (2).
  4. Hantar ke Cawangan EPF yang berdekatan dengan anda.

CARA TEBUS RM250 i-SARAAN KWSP

Bagaimana cara nak claim/tebus RM250 i-Saraan KWSP?

Anda boleh lihat di artikel ini.

Pihak KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) untuk setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

RM250 i-Saraan KWSP

BAYARAN CARUMAN i-SARAAN KWSP

Bagaimana cara Bayaran Caruman i-Saraan KWSP?

Menerusi Internet Banking, Kaunter Ejen Bank, Ejen Bank BSN Berdaftar dan Kaunter KWSP. Rujuk panduan ini untuk lebih terperinci.

Kepada anda yang ingin mengetahui kaedah atau cara pembayaran caruman i-Saraan KWSP boleh rujuk di penerangan di bawah ini :

[NOTA] : Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013).

Bayaran i-Saraan KWSP Internet/Online Banking :

  1. MBSB Bank
  2. MAYBANK (M2u)
  3. RHB Bank
  4. PUBLIC BANK
  5. Bank Muamalat
  6. Alliance Bank
  7. Hong Leong Bank
  8. Bank Islam
  9. Cimb Bank

Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek) :

  1. BSN
  2. Maybank
  3. Public Bank
  4. RHB Bank (Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.)

Ejen Bank BSN Berdaftar :

Kaunter KWSP :

  • Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

BAYARAN CARUMAN i-SARAAN EPF MAYBANK2U

Bagaimana cara bayaran i-Saraan EPF Maybank2u online banking?

Lihat panduan pembayaran menggunakan internet banking di artikel ini.

Cara Bayaran i-Saraan KWSP Maybank2u Internet/Online Banking :

  1. Sila masuk ke Laman Web Maybank2u di sini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Masukkan Username dan Password/Kata Laluan Maybank2u anda.
  3. Klik [LOGIN].
  4. Kemudian, klik Menu di atas [PAY & TRANSFER].
  5. Pilih [PAY].
  6. Di Menu Pilihan Pay To sila taip [EPF].
  7. Anda dikehendaki mengisi [Pay To EPF].
  8. Member’s EPF No (Sila masukkan Nombor KWSP anda jika anda ada atau ingat, jika tidak ingat biarkan).
  9. Kemudian, EPF Account Type sila pilih [i-Saraan/i-Suri].
  10. Masukkan Nama anda.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  12. Masukkan Bayaran yang anda ingin carum ke i-Saraan KWSP anda.
  13. Klik [PAY].
  14. Selesai.

BAYARAN i-SARAAN KWSP CIMBCLICKS

Bagaimana buat pembayaran i-Saraan KWSP CimbClicks online banking?

Rujuk di artikel ini untuk bayaran menerusi CimbClicks.

Cara Bayaran i-Saraan EPF CIMBCLICKS Internet/Online Banking :

  1. Klik masuk ke Laman Web CimbClicks di sini : https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/.
  2. Isi User ID dan Password/Kata Laluan CimbClicks anda.
  3. Tekan [Login].
  4. Pergi ke Menu sebelah kiri anda, pilih [Pay & Transfer].
  5. Kemudian, pilih [EPF/KWSP Transfer].
  6. Anda akan dibawa ke EPF/KWSP Transfer.
  7. Masukkan Nombor KWSP/EPF anda.
  8. Pilih i-Saraan/i-Suri di EPF/KWSP Contribution Type.
  9. Isi Nama anda.
  10. Isi Nombor IC anda.
  11. Masukkan Jumlah Bayaran Caruman i-Saraan KWSP yang anda mahukan.
  12. Klik [Accept & Submit].
  13. Selesai.

SEMAKAN i-SARAAN KWSP

Bagaimana cara Check/Semakan i-Saraan KWSP?

Menerusi i-Akaun EPF. Rujuk di artikel ini.

CARA CHECK/SEMAKAN i-SARAAN KWSP :

  1. Klik Link i-Akaun KWSP di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Masukkan USER ID dan PASSWORD i-Akaun EPF anda.
  3. Klik [Login].
  4. Untuk check/Semakan Caruman i-Saraan KWSP anda sila lihat di Account Summary.
  5. Semakan i-Saraan anda akan dipaparkan di Akaun 1 anda.
  6. Selesai.

Leave a Comment