PERMOHONAN UPU 2022 PENDAFTARAN ATAU REGISTER ATAU SEMAKAN STATUS
Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan ke pusat pengajian tinggi dalam negara. Tujuan utama sistem UPU dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat permohonan secara atas talian.
Berikut kami kongsikan maklumat dan tarikh penting bagi UPU ONLINE 2022/2023 serta info permohonan dan pendaftaran.
BACA JUGA : UPU ONLINE 2022/2023 : PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN
TARIKH REGISTER UPU ONLINE 2022/2023
Tarikh rasmi untuk permohonan bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :
- Dibuka bermula 4 Februari 2022
- Akan ditutup pada 31 Mac 2022
Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU.
KATEGORI PERMOHONAN
Berikut merupakan kategori-kategori pilihan bagi permohonan sesi kali ini
Lepasan SPM Tahun
- SPM 2021 (Kategori A)
- SPM 2020 (Kategori B)
- SPM 2019 (Kategori B)
Menyambung Pelajaran Ke
- Asasi – UA
- Diploma – UA, Politeknik, & ILKA
- Sijil – Koleh Komuniti & ILKA
- Matrikulasi – Kolej Matrikulasi (SPM 2019)
- Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG
Lepasan STPM/Setaraf
- STPM 2021
- Matrikulasi/Asasi/Sains UM/Asasi Uitm 2021/ 2022
- Stam 2021 & 2020
- Diploma / Setaraf
- Diploma UA/Politeknik
- DKM/DLKM/DVM/DIPLOMA IPTS/DIPLOMA LUAR NEGARA/LAIN-LAIN DIPLOMA
- KELAYAKAN SETARAF SEPERT A-LEVEL/IB/AUSMAT/SAM/CPU
- STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)
Menyambung Pelajaran Ke
- Ijazah Sarjana Muda di UA
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Syarat pemilihan program UPU 2022 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut:
- Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf
- Pemohon mempunyai kelayakan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan SPM
- Pemohon mempunyai kelayakan SPM
CARA BUAT PERMOHONAN UPU ONLINE 2022/2023
NOTA : Untuk makluman, bayaran proses no. unik ID bagi permohonan sesi akademik 2022 / 2023 juga akan dikecualikan kepada semua pemohon.
1. Sila layari portal rasmi UPU ONLINE di https://upu.mohe.gov.my/
2. Pilih kategori anda dan sila pastikan anda pilih dengan betul
3. Semak syarat kelayakan di E-Panduan UPU ONLINE
4. Semak tren permohonan dan penawaran
5. Semak laluan kerjaya
6. Isi permohonan UPU ONLINE
7. Pastikan anda mengisi maklumat yang bertanda * dengan betul dan lengkap
8. Pilih pilihan program mengikut keutamaan
9. Lengkapkan borang permohonan
10. Klik butang ‘SIMPAN’
11. Cetak slip permohonan
12. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
13. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanda had
14. Selesai
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA
Bagi lepasan STPM/Setaraf untuk program (Pendidikan) UPSI anda akan mengambil ujian MEdSI dimana ujian tersebut akan diadakan pada minggu ke 3 bulan Mei.
SEMAKAN STATUS UPU ONLINE
Semakan boleh dibuat apabila sesi permohonan selesai dan tarikh buka keputusan dimaklumkan oleh UPU ONLINE. Berikut merupakan pautan yang sering digunakan bagi membuat semakan.
Semakan UPU ONLINE ikut saluran yang ditetapkan :
MAKLUMAT LANJUT
Jika ada pertanyaan berkaitan UPU ONLINE Boleh rujuk maklumat dibawah:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Hotline 1 : 03-8870 8200
- 03-8870 6864
- upu@moe.gov.my
- Laman Facebook Rasmi UPU UPU BPKPJPT