MATRIKULASI 2022 (PERMOHONAN/PENDAFTARAN/REGISTER/APPLY/SEMAKAN)
Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, menyambung pengajian ke matriks merupakan pilihan yang boleh dibuat sebagai platform untuk ke pusat pengajian tinggi. Berikut adalah perkongsian maklumat berkenaan permohonan matriks2022 secara online.
BACA JUGA : PERMOHONAN UPU 2022 : PENDAFTARAN ATAU REGISTER ATAU SEMAKAN STATUS
PERMOHONAN MATRIKULASI 2022
Untuk semak butiran permohonan matriks 2022 sila baca langkah di bawah:
1. Pastikan anda beli nombor PIN UPU terlebih dahulu di kaunter BSN atau di ATM BSN yang berdekatan anda.
2. Anda boleh memulakan pendaftaran melalui nombor PIN BSN dan nombor kad pengenalan anda di portal UPU – http://upu.moe.gov.my/web/
SYARAT KEMASUKAN MATRIKULASI 2022
1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1
Januari 2021 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
2. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan Pelajaran
Malaysia SPM tahun 2020.
Jurusan Sains: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Jurusan Perakaunan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan dan mana — mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas,
Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata
Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
Aliran Teknikal: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan
Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.
CARA PERMOHONAN MATRIKULASI 2022
Permohonan akan mula dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022
Tarikh Semakan Keputusan dan Rayuan:
- Kemaskini Permohonan – Jun 2022
- Semakan Keputusan Tawaran – Julai 2022
- Rayuan Pertukaran Jurusan atau Kolej – Julai 2022
- Keputusan Permohonan – Julai 2022
- Semakan tawaran Fasa 2 – Ogos 2022
GARIS MASA PENGAMBILAN PROGRAM MATRIKULASI 2022
1. Taklimat Promosi – Sepanjang Tahun
2. Permohonan dibuka – 15 Mac 2022 (matrikulasi.moe.gov.my)
3. Permohonan ditutup – 21 April 2022
4. Temuduga JPPro – April/Mei 2022
5. Keputusan SPM diumumkan – Jun 2022
6. Keputusan kemasukan – Julai 2022
7. Rayuan Kemasukan atau Pertukaran – Julai 2022
8. Setuju terima dan yuran pendaftaran – Julai 2022
9. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu – Julai 2022
10. PdP bermula – Julai 2022
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau sertai Telegram Channel: Jom Masuk Matriks