BANTUAN CARSEAT CARA MOHON DAN SEMAK STATUS
Pihak kerajaan Malaysia telah menyalurkan bantuan subsidi sebanyak 50% atau RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Bajet 2022. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ikuti artikel ini mengenai cara mohon dan semak status bantuan carseat.
BACA JUGA : SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN
KEPENTINGAN CARSEAT UNTUK KANAK-KANAK
Mengikut statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian. Untuk itu, Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.
Melihat akan angka kematian yang tinggi, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN CARSEAT
Kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022:
1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40 bagi kategori isi rumah.
2.Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
3.Mempunyai anak/anak angkat/anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
4.Warganegara yang menetap di Malaysia.
5.Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
6.Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019.
7.Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.
KADAR BANTUAN CARSEAT
- 50% daripada harga asal (bagi CARSEAT yang berharga RM300 ke bawah)
- Subsidi RM150 maksimum bagi CARSEAT yang berharga RM301 dan ke atas
CARA MOHON BANTUAN CARSEAT 2022
Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022.
Untuk membuat penebusan subsidi pembelian carseat, pemohon boleh melayari laman web www.mycrs.gov.my.
Laman web ini akan diaktifkan dan dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2022.
Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.
CARA MENEBUS BANTUAN PEMBELIAN CARSEAT
1.Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
2.Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
3.Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
4.Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
5.Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.
MAKLUMAT KATEGORI CRS
Produk kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint Systems – CRS yang boleh dituntut di dalam bantuan kali ini mestilah yang diiktiraf di bawah program dan memenuhi kriteria berikut:
- Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
- Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
- Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
- Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.