LOG MASUK IQ NILAM LINK iqnilam.moe.gov.my SISTEM REKOD BACAAN MURID
Untuk makluman, bermula pada tahun 2021 yang lepas, semua murid mengisi data bacaan NILAM ke dalam sistem IQ NILAM di iqnilam.moe.gov.my. Sistem IQ NILAM memudahkan murid merekod maklumat bahan bacaan secara dalam talian. PROGRAM IQ NILAM ini menggalakkan murid membaca dan memudahkan mereka untuk merekod bahan bacaan mereka.
BACA JUGA : SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA : CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN
CARA LOG MASUK IQ NILAM
Berikut adalah langkah mudah untuk login IQ Nilam bagi guru dan juga murid:
1. Layari laman web rasmi IQ NILAM – iqnilam.moe.gov.my
2. Anda perlu klik pada rajah yang bertulis ‘Sign in with DELIMA’
3. Masukkan email MOE yang disediakan dan diberi oleh pihak sekolah masing-masing
4. GURU: Email anda akan bermula dengan ‘g’ dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
5. MURID: Email anda akan bermula dengan ‘m’ dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
6. Masukkan password, kemudian klik butang Next
7. Selesai. Anda telah berjaya masuk ke sistem IQ NILAM
CARA REKOD BACAAN BUKU NILAM
Jika anda adalah seorang murid ataupun ibu-bapa yang ingin memasukkan maklumat bacaan, ikuti langkah di bawah.
- Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my
- Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
- Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
- Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
- Maklumat Bahan Bacaan
- Tajuk Buku
- Pilihan Bahasa
- Tahun Terbitan
- Pengarang
- Penerbit
- Jenis Bahan Bacaan
- Buku Fiksyen
- Buku Bukan Fiksyen
- Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
- Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
- Rumusan
- Aktiviti Pengayaan
- Aktiviti Lain-lain (jika ada)
- Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
- Selesai
SOALAN LAZIM (FAQ)
Hasil pembacaan kanak-kanak dalam sistem akan membantu mereka mencapai tahap rekod 5 bintang, yang seterusnya menyumbang kepada pencapaian PAJSK. Galakkan ibu bapa pelajar untuk mendorong dan mengawasi bacaan anak-anak mereka di rumah untuk berjaya.
IQ NILAM 2021 telah diubahsuai untuk menjadikannya lebih mudah Pihak sekolah, terutamanya guru besar / GPM / NILAM untuk memantau rekod bahan bacaan pelajar. Sistem rakaman akan dilengkapkan oleh pelajar menggunakan ID DELlMa. Sistem Telah selesai dan siap digunakan mulai 4 Januari 2021.
Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan.