PERMOHONAN BARU MYSTR 2024 : DAFTAR ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BARU MYSTR 2024 : DAFTAR ONLINE

MySTR atau nama rasminya ialah Sumbangan Tunai Rahmah merupakan inisiatif bantuan kewangan yang disalurkan kepada 60 peratus rakyat Malaysia yang berkelayakan dari pelbagai kategori (isi rumah B40 dan M40, bujang, dan warga emas). Bantuan ini disalurkan secara berperingkat dan berfasa.

Bagimanakah cara permohonan baru mystr 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN WARGA EMAS ONLINE : SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori untuk memohon MySTR 2024, seperti di bawah :

  • Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 tahun ke atas.
    • Status berkahwin (ada atau tiada anak/tanggungan).
    • Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (bagi kategori B40) dan RM2,501 sehingga RM5,000 (bagi kategori M40).
  • Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 60 dan ke atas.
    • Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan).
    • Pendapatan kasar bawah RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun.
    • Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada anak).
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.

KADAR BANTUAN MYSTR 2024

Berikut merupakan kadar keseluruhan (mengikut kategori) bantuan MySTR bagi tahun 2024, seperti di bawah :

KATEGORIKADAR BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501-RM5,000
RM500 hingga RM1,250
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM600
BujangRM350
*Bagaimanapun bantuan MySTR akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa.

JUMLAH BANTUAN MYSTR 2024 FASA 1

Berikut merupakan jumlah bantuan MySTR Fasa 1 yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti di bawah :

KATEGORIBAYARAN FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM150
BujangRM100

PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

CARA PERMOHONAN BARU MYSTR 2024 ONLINE.

  1. Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR

  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.

  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].

  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.

  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.

  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.

  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].

  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.

  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].

  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.

  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.

  12. Tekan [Hantar].

  13. Permohonan anda berjaya dihantar.

  14. Selesai.

*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan MySTR :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

Leave a Comment