KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2024 : UPDATE MAKLUMAT TERKINI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2024 : UPDATE MAKLUMAT TERKINI

Bermula tahun 2024, kerajaan akan menyasarkan semula bantuan secara berfasa dan peruntukan daripada penjimatan subsidi akan disalurkan untuk meningkatkan lagi bajet tambahan kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat (mengikut kategori yang ditetapkan) secara am nya.

Bagaimanakah cara kemaskini maklumat terkini bantuan mystr 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BARU MYSTR : DAFTAR ONLINE

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Pembayaran bantuan MySTR adalah secara berfasa seperti tarikh di bawah berikut :

TARIKH BAYARANFASA
FEBRUARI 2024FASA 1
APRIL 2024FASA 2
OGOS 2024FASA 3
NOVEMBER 2024FASA 4
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran bantuan MySTR (mengikut kategori yang ditetapkan) bagi tahun 2024 seperti di bawah :

KATEGORIJUMLAH BAYARAN MYSTR 2024
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500 hingga RM1,250
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM600
BujangRM350
*Akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat.

JUMLAH BAYARAN FASA 1 MYSTR 2024

Berikut merupakan jumlah pembayaran bantuan MySTR Fasa 1 (mengikut kategori yang ditetapkan) bagi tahun 2024 seperti di bawah :

KATEGORIJUMLAH BAYARAN FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM500
(semua)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM150
BujangRM100

KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2024

CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2024 ONLINE.

  1. Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM.

  2. Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.

  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].

  4. Kemudian klik [Semak].

  5. Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.

  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.

  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.

  8. Klik pada [Kemas Kini Permohonan].

  9. Lengkapkan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.

  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.

  11. Kemudian, tekan butang [Muat naik].

  12. Klik butang [Teruskan].

  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].

  14. Tandakan [/] pada kotak perakuan.

  15. Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].

  16. ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.

  17. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

4 thoughts on “KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2024 : UPDATE MAKLUMAT TERKINI”

Leave a Comment