BANTUAN WARGA EMAS 2023 ONLINE : SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN WARGA EMAS 2023 ONLINE : SEMAKAN

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan hidup rakyat terutamanya golongan yang memerlukan seperti warga emas. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut diberi peruntukan kepada warga emas.

Bagaimanakah cara semakan bantuan warga emas 2023 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM800 : DAFTAR ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut merupakan syarat kelayakan umum bantuan Warga Emas 2023, seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.
  • Bujang / Balu / Janda / Duda (ada atau tiada tanggungan).
  • Berpendapatan kasar RM5,000 dan ke bawah.

JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS 2023

Berikut merupakan jumlah bantuan yang bakal diberikan kepada Warga Emas yang layak pada tahun 2023, seperti di bawah :

BANTUAN STRBANTUAN SARA
RM600RM600

KAEDAH BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS 2023

Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan seperti di bawah :

BANTUAN STRBANTUAN SARA
Dikreditkan ke dalam akaun bank
secara berperingkat dan berfasa.
Dikreditkan ke dalam MyKad penerima
setiap bulan sebanyak RM100.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Berikut merupakan senarai tarikh bayaran Bantuan bagi tahun 2023 seperti di bawah :

BANTUAN STRBANTUAN SARA
Fasa 1 : 17 Januari 2023.
2 : 5 April 2023.
3 : 26 Jun – 5 Julai 2023.
4 : 7 – 9 November 2023.
SARA 1 : 17 Julai 2023
2 : 1 Ogos 2023
3 : 1 September 2023
4 : 1 Oktober 2023
5 : 1 November 2023
6 : 1 Disember 2023

SEMAKAN BANTUAN WARGA EMAS 2023 ONLINE

CARA SEMAKAN BANTUAN STR WARGA EMAS 2023 ONLINE.

  1. Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDN.

  2. Kemudian klik pada [STR 2023].

  3. Masukkan Nombor Mykad pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad] MySTR.

  4. Klik [Log Masuk].

  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].

  6. Pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].

  7. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.

  8. Kemudian, klik [Log Masuk].

  9. Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.

  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan].

  11. Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.

  12. Maklumat pembayaran Fasa semasa akan dipaparkan.

  13. Selesai.

SEMAKAN BANTUAN SARA WARGA EMAS 2023 ONLINE

Ikuti cara semakan Bantuan SARA seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih.
  2. Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  3. Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Jika anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, sila ajukkan kepada pihak berwajib seperti di bawah :

  • STR :
    • Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
    • Talian Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
    • E-mel : str@treasury.gov.my.
  • SARA :
    • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
    • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment