PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM800 2023 : DAFTAR ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM800 2023 : DAFTAR ONLINE

Bantuan Banjir RM800 merupakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar. Oleh kerana musim tengkujuh, pekebun kecil dan penoreh getah tidak dapat melakukan aktiviti berkebun seperti biasa dan menjejaskan pendapatan.

Bagaimanakah cara permohonan online bantuan banjir rm800 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200

KADAR BANTUAN BANJIR 2023

Berikut merupakan kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti di bawah :

KADAR BANTUAN BANJIR 2023
RM800
*Akan disalurkan secara ansur selama tempoh 4 bulan sebanyak RM200 setiap bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BANJIR RM800

Bayaran bantuan banjir RM800 secara beransur selama 4 bulan seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH
November 2023RM200
Disember 2023RM200
Januari 2024RM200
Februari 2024RM200
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi pekebun kecil dan penoreh getah, seperti di bawah :

  1. Pekebun Kecil :
    • Warganegara Malaysia.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik / penama sahaja yang layak menerima bantuan.
  2. Penoreh :
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh / penama sahaja yang layak menerima bantuan.

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM800

CARA PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM800 2023 ONLINE.

  1. Sila layari portal rasmi Pekebun Kecil RISDA; atau klik pautan di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.

  2. Sekiranya anda telah mempunyai akaun, klik [ Log Masuk].

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon serta Kata Laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].

  4. Atau sekiranya anda belum pernah mendaftar sila klik [Daftar Pengguna].

  5. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan tekan [Carian].

  6. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

  7. Baca dengan teliti sebelum tanda pada kotak perakuan [/].

  8. Klik butang [Hantar].

  9. Selepas selesai membuat pendaftaran, sila [Log Masuk] kembali untuk membuat permohonan.

  10. Seterusnya, klik [Mohon Bantuan BMT].

  11. Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, sila tekan [Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda].

  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

  13. Klik pada butang [Seterusnya].

  14. Tandakan bahagian Pengesahan permohonan Bantuan BMT [/].

  15. Klik [Hantar] dan akan dipaparkan ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’.

  16. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di BMT, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline RISDA : 03 42510171
  • Emel : webmaster@risda.gov.my

Leave a Comment