PANDUAN LENGKAP MOHON ANAK ANGKAT DAN SYARAT KELAYAKAN JKM 

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PANDUAN LENGKAP MOHON ANAK ANGKAT DAN SYARAT KELAYAKAN JKM 

Setiap pasangan yang berumah tangga semestinya mengimpikan cahayamata sebagai penyeri mahligai yang dibina. Namun, rezeki kita ditentukan oleh Allah.

Bagi yang tidak berpeluang untuk mempunyai anak sendiri, mengambil anak angkat adalah alternatif terbaik. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan proses pengambilan anak angkat baru lahir sebagai panduan anda suami isteri.

BACA JUGA : APPOINTMENT JPN : BORANG TEMUJANJI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA ONLINE DAN CHECK STATUS 2021

PANDUAN LENGKAP MOHON ANAK ANGKAT DAN SYARAT KELAYAKAN JKM

DEFINISI ANAK ANGKAT

Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 9Akta 253), anak angkat bermaksud kanak-kanak yang telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anakmereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Berusia 25 hingga 60 tahun.
  • Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  • Bagi perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  • Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  • Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  •  Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  • Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  • Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  • Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  • Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  • Surat pengesahan dari Pegawai Perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  • Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  • Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  • Lain-lain dokumen sokongan, contoh: Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan dan sebagainya.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  • Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin.
  • Borang Permohonan Anak Pelihara juga boleh dimuat turun dari laman sesawang JKMM
  • Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temuduga akan dijalankan oleh PKMD/J.

PERKARA YANG AKAN DITANYAKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  • Menilai latar belakang sosial pemohon.
  • Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  • Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  • Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian.

PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  • Pegawai Kebajikan Masyarakat akan membuat penyeliaan berkala kepada keluarga pelihara selama 2 tahun
  • Jabatan berhak menarik balik tawaran pemeliharaan sekiranya didapati kanak-kanak terabai atau didera
  • Tempoh pemeliharaan adalah selama 2 tahun atau sehingga kanak-kanak mencapai umur 18 tahun;
  • Anak pelihara bukanlah berstatus anak angkat;
  • Permohonan anak angkat boleh dibuat melalui:-
    • Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;
    • Mahkamah Tinggi/Sesyen di bawah Akta Pengangkatan 1952 (bukan Islam);
    • Pejabat Daerah di bawah Ordinan Anak Angkat Sarawak bagi negeri Sarawak; atau
    • Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (Amalan dan Tatacara Pengambilan Anak Angkat) 2006 bagi pemohon Muslim atau di Mahkamah Tinggi di bawah Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) bagi pemohon bukan Muslim; dan
  • Bagi anak pelihara berstatus “BUKAN WARGANEGARA” atau “BELUM DITENTUKAN” taraf kewarganegaraan, ibu bapa peliharaan hendaklah membuat permohonan kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan di Jabatan Pendaftaran Negara.

PANDUAN PERMOHONAN ANAK ANGKAT

Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal.

Sila rujuk manual panduan pengguna di bawah bagi langkah membuat permohonan secara online:

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PERMOHONAN ANAK ANGKAT

Apakah proses-proses yang perlu dilakukan oleh bakal si ibu atau si bapa?

Bagi individu yang berminat untuk memohon anak pelihara, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web ini.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:

-Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
-Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
-Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
-Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
-Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dll.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi tersebut adalah seperti berikut:-

-Menilai latar belakang sosial pemohon.
-Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
-Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
-Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta    Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?

Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

-Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

-Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?

Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

BAHAGIAN KANAK KANAK
Aras 12
No 55 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

Telefon : 03-8323 1000

Leave a Comment