MYTAX LHDN 2022 : SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN CUKAI ATAU SEKATAN PERJALANAN (LOGIN PERTAMA KALI/E-FILING)
Bagaimanakah cara semakan tunggakan/baki cukai individu atau syarikat melalui mytax.hasil.gov.my? Adakah betul anda mempunyai tunggakan cukai? Macam mana cara check status sekatan perjalanan ke luar negara? Apakah status E-Filing tahun 2022? Bagaimana cara login mytax lhdn pertama kali?
MYTAX LHDN
Rujuk penerangan di artikel ini.
Laman Web Rasmi MyTax di lancarkan untuk tujuan memudahkan para pembayar cukai atau yang mempunyai data di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat urusan semakan status berkaitan dengan cukai dan lain-lain.
Baca juga : E FILING LHDN : (CARA DAFTAR/ISI/BUAT/LOGIN)
Berikut merupakan beberapa kegunaan yang boleh diakses sendiri oleh anda secara online menerusi Portal MyTax LHDN :
- Baki Cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan cukai.
- Jumlah Bayaran Balik Terkini Yang Telah Diluluskan.
- Semakan Sekatan Perjalanan.
- Status Borang E-Filing tahun sebelum dan terkini.
- Jumlah Bayaran/Sumbangan Cukai kepada Negara tahun sebelum ini dan terkini.
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
- Senarai ansuran CP500
- Rekod SPC
[NOTA] : Jika sebelum ini anda tidak tahu nak semak status terkini cukai pendapatan, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar anda atau belum, anda sudah boleh semak/check melalui portal ini.
SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN CUKAI LHDN
Panduan Lengkap di artikel ini.
CARA SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN CUKAI LHDN 2022 DAN CHECK STATUS SEKATAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA.
- Klik Portal Rasmi MyTax LHDN di sini : https://mytax.hasil.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke Laman Utama Portal MyTax.
- Kemudian, klik [Log Masuk] sebelah kanan atas anda.
- Tick [No. Kad Pengenalan Baharu/No. Pasport/No. Tentera/No. Polis].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. (Jika tick No. Kad Pengenalan)
- Klik [Hantar].
Untuk makluman anda, Log Masuk ini untuk mereka yang sudah berdaftar pengguna di LHDN sebelum ini dan jika anda tidak pernah berdaftar klik [Login Kali Pertama] dan lihat panduan lengkap yang kami kongsikan di bawah panduan ini.
- Anda akan dipaparkan Frasa Keselamatan dan jika betul, sila masukkan Kata Laluan/Password Pengguna anda.
- Klik [Hantar].
- Apabila berjaya Log Masuk, anda akan dipaparkan Dashboard atau Laman Utama MyTax.
- Status Baki Cukai Terkini/Semakan Sekatan Perjalanan/Jumlah Bayaran Balik Terkini Yang Telah Diluluskan/Status Borang E-Filing akan dipaparkan di sini.
- Selesai.
LOGIN MYTAX LHDN
Anda boleh lihat di dalam panduan ini.
- Sila klik Link Log Masuk/Login MyTax LHDN di sini : https://ez.hasil.gov.my/ci/LoginKaliPertama.aspx.
- Anda akan dibawa ke Laman ezHASIL Login Kali Pertama.
- Langkah 1 : Anda dikehendaki masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan).
- Kalau anda masih belum mempunyai No.PIN dan di mana anda boleh mendapatkan/menyemak No.Pin LHDN?
- Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui cawangan LHDNM yang berdekatan atau,
- Permohonan secara dalam talian melalui link ini : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/CustFeed-1.aspx?cat=Permohonan.
- Untuk anda yang sudah mempunyai No.PIN, sila ikuti langkah 1 hingga 3.
- Kemudian, klik [Hantar].
- Jika berjaya anda boleh teruskan ikuti Panduan Cara Semak Baki Tunggakan Cukai dan Sekatan Perjalanan anda di atas.
- Selesai.