KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

Kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam seperti banjir, ribut dan sebagainya memang tak boleh dijangkakan dan dielakkan.

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara telah merosakkan pelbagai harta benda orang ramai. Ini juga termasuk kenderaan yang diletakkan di luar dan telah ditenggelami air banjir. Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada boleh ‘claim’ polisi insurans kereta yang ditenggelami banjir atau tidak.

Berikut merupakan perkongsian tentang cara untuk anda claim insurans kereta yang ditenggelami banjir.

BACA JUGA : BANTUAN BANJIR RM1000 untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

CARUMAN CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR

Syarikat InsuransManfaatKadar Premium
(*kadar premium x nilai semasa kereta)
Allianz MalaysiaBencana alam0.25%
AM GeneralBanjir, ribut taufan, dan tanah runtuh0.23%
AXA AffinBencana Alam0.23%
Etiqa TakafulBencana alam0.50%
Etiqa TakafulBanjir dan ribut taufan0.27%
RHB Insurance (Full Cover)Bencana Alam0.25%
RHB Insurance (Limited Cover)Bencana Alam0.40%
Zurich TakafulBanjir dan tanah runtuh0.20%

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

CARA CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR

Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat

  1. Jangan start enjin.
  2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
  3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
  4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke workshop panel insurans untuk membuat claims.
    Kalau renew dengan ejen, boleh hubungi ejen anda.

Berikut adalah merupakan langkah untuk membuat tuntutan sekiranya kenderaan anda kena banjir:

  1. HUBUNGI PIHAK INSURANS ANDA
    • Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
    • Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.
  2. KUMPULKAN BUKTI BERKENAAN KERETA ANDA – Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans:
    • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
    • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
    • Salinan lesen memandu pemilik kereta
    • Salinan kad pengenalan pemilik kereta
    • Salinan geran kereta
    • Salinan polisi insuran
    • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)
  3. BUAT LAPORAN POLIS SECEPAT MUNGKIN
    • Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam.
    • Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
    • Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.
  4. SERAHKAN BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN KEPADA SYARIKAT INSURANS
    • Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
    • Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.
  5. HANTARKAN KEREETA NADA KE BENGKEL PANEL SYARIKAT INSURANS ANDA
    • Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

Leave a Comment