CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : CARA YANG BETUL UNTUK CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR
Banjir kilat yang berlaku bukan hanya mengakibatkan kerosakan kepada kediaman sahaja, kenderaan-kenderaan juga turut terjejas dan rosak disebabkan banjir. Seperti yang diduga, setiap hujung tahun beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu pasti akan dilanda bencana banjir.
Jadi kami akan kongsikan cara-cara untuk claim insurans kereta yang terkesan dengan banjir dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mengharungi ujian ini.
BACA JUGA : BANTUAN BANJIR MAYBANK : MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH
LANGKAH-LANGKAH AWAL YANG PERLU DIAMBIL
- Ambil gambar bukti kejadian sebagai bukti di mana anda perlu catatkan lokasi tarikh dan masa kejadian bencana alam seperti banjir yang menimpa kereta anda. (Lebih baik gambar tersebut menunjukkan dengan jelas nombor plat kereta anda di tempat kejadian)
- Buat laporan polis kerana pihak insurans akan minta laporan polis untuk bantu anda buat proses claim insuran banjir (Laporan Polis mesti anda buat dalam tempoh 48 jam)
- Jangan sesekali start enjin kereta anda selepas kejadian banjir. (Jika anda buat juga, dikhuatiri enjin anda akan rosak). Ini akan menyebabkan syarikat insuran akan menggunakan alasan kecuaian anda untuk menolak permohonan proses claim insurance bencana alam banjir kereta anda.
- Akhir sekali tow kereta anda ke bengkel panel atau terus ke kilang kereta untuk mempercepatkan proses claim insurans anda kereta banjir.
CARUMAN CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR
Syarikat Insurans | Manfaat | Kadar Premium (*kadar premium x nilai semasa kereta) |
Allianz Malaysia | Bencana alam | 0.25% |
AM General | Banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh | 0.23% |
AXA Affin | Bencana Alam | 0.23% |
Etiqa Takaful | Bencana alam | 0.50% |
Etiqa Takaful | Banjir dan ribut taufan | 0.27% |
RHB Insurance (Full Cover) | Bencana Alam | 0.25% |
RHB Insurance (Limited Cover) | Bencana Alam | 0.40% |
Zurich Takaful | Banjir dan tanah runtuh | 0.20% |
CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : CARA YANG BETUL UNTUK CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR
Berikut adalah merupakan langkah untuk membuat tuntutan sekiranya kenderaan anda kena banjir:
- HUBUNGI PIHAK INSURANS ANDA
- Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
- Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.
- KUMPULKAN BUKTI BERKENAAN KERETA ANDA – Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans:
- Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
- Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
- Salinan lesen memandu pemilik kereta
- Salinan kad pengenalan pemilik kereta
- Salinan geran kereta
- Salinan polisi insuran
- Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)
- BUAT LAPORAN POLIS SECEPAT MUNGKIN
- Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam.
- Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
- Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.
- SERAHKAN BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN KEPADA SYARIKAT INSURANS
- Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
- Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.
- HANTARKAN KEREETA NADA KE BENGKEL PANEL SYARIKAT INSURANS ANDA
- Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.