DAFTAR STR 2024 : PERMOHONAN BARU

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAFTAR STR 2024 : PERMOHONAN BARU

Permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024, digalakan untuk daftar akaun dan kemukakan permohonan baru. Peruntukan untuk 60 peratus rakyat dewasa Malaysia sebanyak 10 billion ringgit.

Bagaimanakah cara daftar permohonan baru str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN STR BUJANG : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

KATEGORI PENERIMA STR 2024

Berikut adalah kategori yang layak menerima STR 2024 :

  • Isi Rumah B40 dan M40.
  • Warga Emas.
  • Bujang.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
-Warganegara Malaysia.
-Status berkahwin (ada
atau tiada anak).
-Balu / Janda / Duda
mempunyai
anak.
-Pendapatan isi rumah
bawah RM2,500 hingga
RM5,000.
-Warganegara Malaysia.
-Had umur 60 tahun
ke atas.
-Bujang / Balu / Duda /
Janda (tiada tanggungan).
-Pendapatan kasar bawah
RM5,000 sebulan.
-Warganegara Malaysia.
-Had umur 21 hingga
59 tahun.
-Bujang belum
berkahwin / Balu /
Janda / Duda
(tiada anak).
-Pendapatan RM2,500
ke bawah.
-Bukan pelajar IPTA /
IPTS sepenuh masa.

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori, seperti di bawah :

  • Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
RM2,500 dan ke bawahRM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
RM2,501 hingga RM5,000.RM500 hingga RM1,250
(bergantung bilangan anak)
  • Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDUJUMLAH BAYARAN
RM5,000 ke bawahRM600
  • Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDUJUMLAH BAYARAN
RM2,500 dan ke bawahRM350

DAFTAR STR 2024

Ikuti cara daftar permohonan baru STR 2024 seperti di bawah :

  1. Sila layari rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR); atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  12. Tekan [Hantar].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan baru :

  • Pemohon
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh
      Mahkamah.
  • Pasangan
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir /
      KP lama.
  • Anak
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir
      yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar
      Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

Leave a Comment