BANTUAN STR 2024 BUJANG : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
Permohonan baru Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 kini dibuka bagi kategori bujang di Malaysia. Bantuan ini akan memanfaatkan kepada 3.3juta penerima bujang bertujuan untuk membantu golongan bujang menghadapi bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bagaimanakah permohonan baru dan kemaskini bantuan str 2024 bujang? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYSARA RM1200 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BUJANG
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima kategori bujang STR 2024, seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tiada anak.
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah setiap bulan.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
JUMLAH STR BUJANG 2024
Berikut adalah jumlah keseluruhan STR kategori bujang bagi tahun 2024, seperti di bawah :
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG |
---|
RM350 |
JADUAL BAYARAN STR 2024
Berikut adalah jadual bayaran bantuan STR 2024 mengikut fasa seperti di bawah :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
PERMOHONAN BARU
Ikuti cara permohonan baru Bantuan STR 2024 Bujang seperti berikut :
PAUTAN RASMI MYSTR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/# |
- Layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM; atau klik pautan di atas.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Sila pilih status sebagai [Bujang].
- Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan; seperti gambar Mykad pemohon.
- Klik butang [Muat naik].
- Pilih [Maklumat Waris] jika ada.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
Perhatian : Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
BANTUAN STR 2024 BUJANG
Berikut adalah cara kemaskini permohonan bantuan STR bujang :
- Sila pergi ke pautan rasmi MySTR.
- Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Klik butang [Teruskan].
- Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tandakan pagi kotak perakuan [/].
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
- Selesai.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : [email protected]