BANTUAN MYSARA RM1200 2024 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN
Bermula tahun 2024, bantuan MySARA telah dinaikkan sebanyak RM1,200 dan dua (2) kategori baharu penerima telah diperkenalkan menurut data e-Kasih dan JKM. Kategori bujang dan isi rumah juga bakal turut menerima Bantuan MySARA.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan mysara rm1,200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYSTR 2024 : SECARA ONLINE
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA
Berikut merupakan senarai kategori yang layak menerima Bantuan MySARA bagi tahun 2024, seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,200 |
Isi Rumah Miskin | RM1,200 |
Isi Rumah | RM300 |
Bujang | RM150 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
- Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024
Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan MySARA kepada penerima yang layak :
KAEDAH BAYARAN |
---|
Dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan. |
CARA PEMBELIAN MYSARA
Berikut adalah cara pembelian menggunakan Bantuan MySARA :
PAUTAN RASMI MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ |
BANTUAN MYSARA RM1200 2024
Berikut adalah cara permohonan baru Bantuan MySARA 2024 :
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN MYSARA
Ikuti cara semakan secara online seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Portal MyKasih.
- Kemudian, klik [SEMAK STATUS] pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Masukkan Nombor Mykad pemohon.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.