PERMOHONAN BANTUAN MYSTR 2024 : SECARA ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN MYSTR 2024 : SECARA ONLINE

Bantuan MySTR atau nama rasminya ialah Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan dalam bentuk tunai kepada manfaat 60 peratus rakyat Malaysia yang berkelayakan berumur 21 tahun ke atas. Permohonan baharu telah dibuka kepada yang belum pernah memohon.

Bagaimanakah permohonan bantuan mystr 2024 secara online? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN STR : CARA

KATEGORI PENERIMA STR 2024

Berikut adalah syarat kelayakan kategori yang layak menerima Bantuan MySTR 2024, seperti di bawah :

  1. Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Status berkahwin (ada atau tiada anak).
    • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 hingga RM5,000.
  2. Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Bujang / balu / janda / duda yang tiada anak.
    • Pendapatan kasar kurang dari RM5,000 sebulan.
  3. Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 21 hingga 59 tahun.
    • Bujang / balu / janda / duda yang tiada anak.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

NILAI BANTUAN MYSTR 2024

Berikut adalah nilai keseluruhan Bantuan MySTR 2024 mengikut kategori penerima, seperti di bawah :

  • Isi Rumah :
PENDAPATAN
ISI RUMAH
0 anak1-2 anak3-4 anak5 ke atas
RM2,500 dan
kebawah.
RM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 hingga
RM5,000
RM500RM750RM1,000RM1,250
  • Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDUNILAI BANTUAN
RM5,000 dan ke bawahRM600
  • Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDUNILAI BANTUAN
RM2,500 dan ke bawahRM350

JADUAL BAYARAN MYSTR 2024

Berikut adalah jadual pembayaran MySTR 2024 mengikut fasa, seperti di bawah :

FASATARIKH BAYARAN
FASA 1Februari 2024
FASA 2April 2024
FASA 3Ogos 2024
FASA 4November 2024
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN BANTUAN MYSTR 2024

Ikuti panduan permohonan Bantuan MySTR 2024 secara online, seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  12. Tekan [Hantar].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

Leave a Comment